Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peruncit pastikan bekalan ART mencukupi sedang permintaan melonjak

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



PERMINTAAN untuk kit ujian pantas antigen (ART) telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini lebih-lebih lagi semasa tempoh perayaan Tahun Baru Cina, namun peruncit berkata mereka telah membuat tempahan untuk menambah bekalan.



Rangkaian farmasi seperti Guardian berkata permintaan bagi kit ujian meningkat dua kali ganda sejak pertengahan Januari berikutan musim perayaan dan lebih ramai orang kembali ke tempat kerja.



"Ini jauh lebih tinggi daripada apa yang kami perhatikan pada November dan Disember tahun lepas," kata jurucakap DFI Retail Group, yang memiliki jenama termasuk Guardian, Cold Storage dan Giant.



"Kami juga melihat peningkatan dalam permintaan pada minggu lalu kerana lebih ramai pengguna mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dan menjalankan ujian kendiri sebelum mengadakan lawatan Tahun Baru mereka."



Tinjauan di kedai dalam talian Guardian semalam menunjukkan bahawa walaupun kotak yang lebih besar berisi lima dan kotak 25 kit ujian telah habis dijual, masih terdapat kit ujian individu dan set dua kit ujian masih ada lapor The Straits Times (ST).



Watsons juga telah menyaksikan peningkatan permintaan dalam dua hari yang lalu, di kedua-dua kedai fizikal dan dalam taliannya.



"Stok yang ada diambil dengan pantas selepas ia tiba di kedai," kata seorang jurucakap.



Pada masa ini, ia hanya ada kit ujian individu yang ditawarkan di kedai dalam taliannya, manakala kotak lebih besar yang mengandungi berbilang kit ujian telah habis dijual.



Begitu juga, FairPrice berkata permintaan untuk kit ART telah "naik" pada minggu lalu.



Kit ART disediakan di pelbagai cawangan yang dimiliki oleh kumpulan itu, termasuk farmasi Unity dan pasar raya FairPrice.



"Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan jumlah kes Covid-19 dan kesedaran orang ramai mengambil ujian sebagai amalan hidup dalam situasi Covid-19 yang berkembang," kata jurucakap FairPrice.



Sehingga Selasa, jumlah kes jangkitan tempatan Covid-19 di Singapura ialah 12,791, dengan 1,194 pesakit dirawat di hospital.



Ini adalah hari keempat berturut-turut bilangan kemasukan ke hospital telah melepasi paras 1,000.



Namun ketiga-tiga peruncit telah menyakinkan pelanggan bahawa mereka mempunyai bekalan yang mencukupi buat masa ini.



Jurucakap DFI berkata:



"Pada masa ini, Guardian mempunyai bekalan yang mencukupi. Pada masa yang sama, kami memesan lebih banyak dan bekerjasama rapat dengan pembekal kami untuk memastikan bekalan kit ART yang stabil."



FairPrice berkata lebih banyak stok dijangka tiba dalam dua minggu akan datang.



"Kami terus bekerjasama rapat dengan pembekal kami untuk memenuhi keperluan pelanggan," tambah jurucakap itu.



Watsons berkata untuk menjangkakan lebih banyak permintaan, ia juga telah membuat pesanan mendapatkan lebih banyak bekalan.



Semakan oleh ST di RedMart pada petang semalam menunjukkan bahawa semua kit ujian ART telah habis dijual.



ST difahamkan bahawa RedMart sedang menambah stok dalam beberapa hari akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >