Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peruncit Singapura, Mustafa, akan buka gedung serbaneka pertama di Johor Bahru tahun ini

Jan 28, 2023 | 07:13 PM



PERUNCIT setempat Mustafa, yang mengendalikan Mustafa Centre di Syed Alwi Road, akan membuka gedung serbaneka pertamanya di Malaysia di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru, menurut pemilik pusat beli belah Capital World, semalam.



Capital World yang disenaraikan dalam bursa saham Singapura berkata ia akan menjual kebanyakan ruang runcitnya di Pusat Beli Belah Capital City setinggi 11 tingkat di Tampoi kepada Mustafa dengan harga RM 368 juta ($113.7 juta)



Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual, memaparkan gabungan kawasan yang boleh disewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.



Ia juga akan memiliki sebanyak 374 ruang untuk pemilik, termasuk kawasan terbuka dan berbilang guna seluas 1.28 juta kaki persegi, dan kesemua 2,181 ruang tempat letak kereta.



Pengarah Urusan Mustafa, Encik Mustaq Ahmad, berkata:



"Selepas menempah nama di Singapura selaku sebuah gedung runcit bawah satu bumbung yang besar bagi semua barangan termasuk fesyen, kosmetik, dan elektronik, kami percaya sudah sampai masanya untuk kami masuk ke  Malaysia."



Beliau menambah bahawa Pusat Beli Belah Capital City memenuhi banyak keperluan bagi gedung pertamanya di Malaysia, termasuk lokasinya yang berhampiran dengan Singapura dan ruang kawasan yang luas.



Kededua gedung serbaneka Mustafa dan Pusat Beli Belah Capital City dijangka dibuka kepada orang ramai pada separuh kedua tahun ini.



Pusat Beli Belah Capital City selesai dibina pada April 2018 dan dibuka pada Oktober tahun itu.



Namun pusat beli belah itu telah ditutup sejak Februari 2020 selepas Capital World menghadapi masalah kewangan dan terpaksa dapatkan perlindungan mahkamah daripada para pemiutang sedang ia menyusun semula hutang-hutangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >