Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit strok saling sokong untuk bina semula kehidupan

Jun 26, 2023 | 03:59 PM



Peniaga di rumah, Cik Atika Ahmad, 57 tahun, membina semula kehidupannya setelah beliau mengalami dua serangan strok pada dua malam berturut-turut pada April 2021.

Oleh kerana beliau terlepas jangka waktu empat jam yang disarankan untuk menerima rawatan sewajarnya – beliau tidak mendapatkan bantuan bagi malam pertama – strok itu menjejas bahagian kirinya sehingga beliau perlu berkerusi roda.

Enggan menerima hakikat tersebut, beliau menggunakan alat senaman luar berhampiran flatnya untuk mengembalikan kekuatan.

Beliau juga mencari bantuan dalam talian dan mendapat tahu tentang Persatuan Strok Nasional Singapura (SNSA) dan programnya, lapor The Straits Times.


Kini, beliau dapat berjalan semula – proses yang mengambil masa kira-kira sembilan bulan – dan “menikmati kehidupan terbaik tanpa bergantung pada bantuan keluarga”.

Beliau turut menjalin persahabatan dengan mereka yang pernah mengalami strok di hospital dan mengadakan kelas memasak menerusi Zoom.

SNSA meletakkan mereka yang mengalami strok di teras program pemulihannya dan memperkasa golongan ini agar saling membantu untuk mendapat balik kehidupan mereka.

Persatuan itu bekerjasama dengan Institut Teknologi Singapura (SIT), Hospital Besar Singapura (SGH),  Institut Neurosains Kebangsaan (NNI) dan Politeknik Republic untuk mewujudkan program bagi menggalakkan kegiatan fizikal setelah serangan strok.

Profesor Madya Shamala Thilarajah, Presiden SNSA, berkata program tersebut direka bersama dengan penjaga mahupun mereka yang telah mengalami strok untuk meningkatkan keyakinan mereka yang mengalami strok, supaya golongan ini dapat ke gim, kolam renang dan bersenam sendiri secara berpasangan atau dalam kumpulan.

“Dengan meletakkan golongan yang telah mengalami strok di teras program pemulihan, ia meningkatkan keyakinan diri dan menambah nilai kepada perkhidmatan pemulihan sedia ada sejauh mana hasil berfungsi ada kaitan.”

Beliau bekerjasama dengan Profesor Madya Kwah Li Khim, pengarah program (kesihatan dan sains sosial) di SIT, mengenai kajian tentang halangan kepada kegiatan fizikal yang dihadapi mereka yang telah mengalami strok, lebih-lebih lagi yang lebih muda.

Profesor Kwah berkata: “Terdapat beberapa inisiatif kesihatan awam di serata negara yang menyediakan kegiatan fizikal bagi warga Singapura dewasa yang sebahagian besarnya menyasarkan penduduk umum tanpa kecacatan.

“Dapatan kami menunjukkan bahawa mereka yang telah mengalami strok juga mahu bersenam secara tetap, tetapi terbatas oleh banyak halangan yang di luar kawalan mereka.”

Halangan ini termasuk kurangnya bantuan daripada kakitangan dan program yang tidak inklusif, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >