Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesara rindu uniform selepas 17 tahun berkhidmat sebagai Adikung Kehormat

May 25, 2023 | 03:57 PM



SELAMA 17 tahun ketika bertugas sebagia pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Mejar (Bersara) Ridzwan Abu Bakar akan mengambil sekitar sejam untuk menggosok pakaian seragam Nombor 5, sehari sebelum melaporkan dirinya ke Istana untuk bertugas.

Menurutnya ia adalah satu rejimen wajib yang perlu beliau patuhi - hingga beliau sanggup menolak tawaran isterinya untuk membantu menggosok uniform itu - demi memastikan keterampilan suit berwarna hijau zaitun itu mencapai standard yang ditetapkan beliau sendiri.

Mantan Adikung Kehormat (HADC) itu, yang telah berbakti kepada Istana selama tiga penggal kepresidenan itu berkata beliau sedih tidak dapat melakukan rejim itu iagi, bahkan dihimpit rasa rindu.

Mejar Ridzwan, 50 tahun, seorang mantan Ketua Fakulti Pakar Subjek di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) telah bersara dari SAF pada Disember 2022.

Pada 16 Mei, beliau merupakan antara 25 pegawai HADC yang menerima sijil penghargaan dari Presiden Halimah Yacob semasa Majlis Pelantikan dan Upacara Makan Malam HADC di Istana atas khidmatnya kepada pejabat tertinggi negara itu.

Ketika diwawancara, Mejar Ridzwan berkata beliau mendapat inspirasi untuk menetapkan ketrampilan yang tinggi bagi dirinya sendiri oleh arwah bapanya, seorang mantan Pegawai Waran di SAF.







“Kalau bab hidup secara regimentasi ini, saya memang suka!” katanya kepada wartawan.

“Sebab dahulu, arwah ayah saya selalu pesan kepada saya, kita kena tetapkan standard tinggi terhadap diri sendiri sebelum menyuruh orang lain berbuat demikian.

“Ini sebab, sebagai seorang pegawai kanan dan seorang pemimpin, kita harus mengamalkan prinsip ini dan menjadi contoh teladan kepada pegawai lebih muda, sebelum kami menyuruh mereka mematuhinya,” katanya.

Antara lain, Mejar Ridzwan yang secara berperingkat-peringat telah mendaki tangga kenaikan pangkat dan menyandang jawatan kepimpinan dalam kor HADC itu, telah mengetuai beberapa pasukan statik atau Kawalan Kehormatan semasa Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan.

Presiden Halimah yang memujinya semasa majlis makan malam pada 16 Mei itu berkata: “Semua orang melihat Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan itu sebagai sebuah upacara yang teratur dan dirancang dengan baik dan ia juga adalah acara berskala besar. Namun ramai yang tidak tahu kerja di balik tabir acara seperti itu.

“Sebenarnya ia adalah hasil titik peluh pegawai HADC dan ADC (Adikung sepenuh masa). Dan saya kira, rakyat Singapura, dan pihak kementerian dan agensi tempatan di sini perlu menghargai mereka.”

Selain itu, tugas Mejar Ridzwan lain termasuk menjadi pegawai Kawalan Kehormatan sewaktu upacara kematian perdana menteri pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew dan mantan Presiden S R Nathan.

Beliau juga turut menyertai lawatan luar negara bersama Puan Halimah ke negara-negara tertentu seperti Kuwait dan Arab Saudi.

Apabila ditanya mengenai perasaannya sekarang selepas bersara, Mejar Ridzwan berkata:

“Sudah tentu saya rindu persahabatan rapat dikongsi antara pegawai Adikung, dan juga kakitangan di Istana, dari pegawai keselamatan kepada pekerja pembersih dan lain-lain lagi.”

Beliau juga rasa rindu memikul tanggungjawab membimbing pegawai HADC yang lebih muda.

“Ia adalah satu tradisi bagi kami untuk membantu pegawai baru. Apabila mereka berjaya, kami juga rasa tempiasnya. Kami rasa puas sebab kami seolah telah melakukan yang terbaik bagi diri kami sendiri.

“Satu nasihat dari saya kepada mereka adalah untuk sentiasa bersedia menyediakan khidmat kepada Presiden,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >