Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta Belia M3 dedah peluang kerja baru, pupuk sikap yakin

Jun 26, 2022 | 05:30 AM



MENDEDAHKAN para belia di sini dengan peluang pekerjaan baru yang sedang berkembang di tengah-tengah ekonomi yang sedang bangkit dari pandemik.



Itulah antara matlamat Pesta Belia M³ tahun ini yang bertemakan 'Bangkit Kembali, Lebih Yakin'.



Menerusi acara ini, ia juga diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan belia untuk terus mengejar pembelajaran sepanjang hayat di samping memupuk mereka menjadi belia yang yakin dan berwibawa bagi mengatasi cabaran dalam hidup.



Di samping itu, ia juga menggalakkan nilai-nilai positif dalam diri golongan belia agar dapat membina budaya memberi kembali kepada masyarakat.



Pesta belia yang dianjurkan oleh cabang Belia Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra Belia) dengan kerjasama Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta rakan-rakan kongsi lain memasuki tahun keempat tahun ini, dan telah diadakan semula secara fizikal selepas dua tahun.



Pelancarannya telah diadakan di *SCAPE, The Tree Top semalam, yang turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang) Cik Rahayu Mahzam dan Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.



Mereka menyertai lebih dari 50 belia dari institut pengajian tinggi setempat, masjid dan pertubuhan belia Melayu/Islam pada majlis pelancaran itu.



Selaras dengan tema tahun ini, para belia juga diberi peluang memilih pelbagai tema bagi program berkaitan kerjaya, pembangunan peribadi atau bimbingan.



Ia merangkumi bidang kesihatan dan kesejahteraan; alam sekitar dan kemampanan; sains, teknologi dan pendigitalan; masyarakat dan perpaduan; pembangunan peribadi dan kerjaya; dan seni dan budaya.



Mengulas tentang pesta belia tahun ini, Cik Rahayu yang juga merupakan penasihat Belia PA Mesra berkata:



"Ini adalah antara cara kami tunjukkan sokongan kepada para belia kita yang sekarang telah beralih daripada pandemik dan memberikan mereka sedikit pendedahan kepada sektor-sektor yang sedang membangun.



"Ini juga adalah cara kita menambahkan ilmu dan berkongsi matlumat kepada para belia kita agar mereka dapat mencari bidang-bidang yang mereka minati ataupun bidang-bidang yang kita lihat mempunyai perkembangan dalam ekonomi sekarang.



"Misalnya dalam sektor sains, teknologi dan pendigitalan… ini merupakan antara bidang yang kita lihat mungkin adanya lebih banyak peluang pekerjaan di masa hadapan.



"Jadi kami mahukan belia kita diberikan asas-asas dan juga pendedahan kepada sektor ini dengan lebih mendalam."



Menerusi pesta belia ini, Cik Rahayu juga berharap ia dapat mengajak golongan belia menyumbang kembali kepada masyarakat.



Pesta belia tahun ini diharapkan dapat menyediakan wadah bagi belia daripada pelbagai latar belakang untuk berinteraksi, belajar, berhubung dan merenung bagaimana usaha dan tindakan kolektif mereka mampu menggalakkan kemampanan dan memberi kesan positif kepada dunia.



"Melalui usaha-usaha ini, kita bukan sahaja memberi sokongan kepada para belia kita untuk melihat apa yang mungkin mereka minati, namun dalam pada masa yang sama, ia juga memberi mereka peluang membina rangkaian dengan badan-badan ini yang juga menawarkan peluang sukarelawanan yang mampu melihat belia-belia ini melibatkan diri dengan masyarakat.



"Ia seumpama 'menyelam sambil minum air'," ujarnya.



Sambutan tahun ini juga menampilkan beberapa acara mulai semalam sehingga 24 Julaidi mana pelbagai bengkel-bengkel dan program akan berlangsung sepanjang pesta itu diadakan.



Mereka yang berminat boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Pesta Belia M³ 2022, menerusi laman Facebook PA Mesra di https://www.facebook.com/MESRA.PA atau Instagram www.instagram.com/mesrayouth.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >