Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pintu masuk tambang di laluan MRT Utara-Selatan, Timur-Barat dan Circle bakal diganti jelang Julai 2026

Oct 12, 2021 | 06:59 PM



FIRMA teknologi Perancis, Thales, mengumumkan pada Selasa (12 Oktober) ia telah memenangi kontrak bagi menggantikan dan memasang 1,350 pintu masuk tambang di stesen MRT di sini bagi tempoh tujuh tahun mendatang.



Kontrak $31.68 juta itu bererti pintu masuk tambang pada laluan Utara-Selatan, Timur-Barat dan Circle akan digantikan manakala Thales juga akan menyediakan pintu masuk tambang buat Laluan Jurong Region, yang dijangka beroperasi pada 2029.



Seorang jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata proses gantian itu diperlukan kerana pintu masuk tambang pada laluan Utara-Selatan, Timur-Barat dan Circle hampir mencapai penghujung jangka hayat operasinya serta beberapa bahagian yang akan menjadi usang, lantas menjadikan kerja penyenggaraan lebih mencabar.



Kerja penggantian ini akan dilakukan sewaktu tempoh kereta api tidak beroperasi lantas tidak akan menjejas penumpang serta dijangka siap menjelang Julai 2026.



Pintu masuk tambang di Laluan Timur-Laut digantikan pada 2018 sementara pintu masuk tambang Laluan Downtown pula dijangka sampai tempoh penggantian pada 2028.



Jurucakap LTA itu berkata pintu masuk baru itu mempunyai kelepak ayun lebih langsing yang terbuka ke arah perjalanan penumpang berbanding pintu masuk  yang boleh ditarik.



Thales menambah pintu masuk ini direka secara modular bagi memudahkan kerja peningkatan apabila diperlukan.



Secara berasingan, operator rel SMRT pada Isnin (11 Oktober) berkata ia sedang mengerahkan sistem penyenggaraan ramalan bagi Laluan Circle dalam usaha memperbaiki kebolehpercayaan rel berkenaan.



Ini menyusuli pelaksanaan sistem Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat yang berjaya, kata SMRT dalam kenyataan bersama firma sofwe kejuruteraan prasarana, Bentley Systems.



Sistem ini, yang dilaksanakan sepenuhnya pada dua laluan sekitar Mac 2020 telah membantu SMRT mencapai sasaran kebolehpercayaan rel sejauh lebih 1 juta kilometer antara kegagalan merentasi 282 kilometer landasan di laluan Utara-Selatan serta Timur-Barat, di mana kegagalan ini didefinisikan sebagai penangguhan khidmat sebanyak lebih lima minit.



Dipanggil Sistem Sokongan Keputusan Ramalan (PDSS), sofwe analitik data ini berdasarkan sistem Analitik Linear AssetWise Bentley.



Sementara itu, ST Engineering dan MSI Global, subsidiari LTA yang dimiliki sepenuhnya, mengumumkan pada Selasa (12 Oktober) mereka telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai penglibatan dan kerjasama dalam projek rel secara sejagat.



Kedua-dua syarikat ini akan menyediakan secara bersama huraian elektronik rel dan khidmat bagi projek rel di luar negara.



Sejauh ini, ST Engineering telah melaksanakan lebih 100 projek elektronik rel di lebih 48 kota merata dunia sementara MSI Global telah melaksanakan 154 projek di lebih 20 negara.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >