Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM: Asean, China perlu tingkat perjanjian dagang bebas

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



ASEAN dan China harus meningkatkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara mereka dengan langkah itu akan memacu ekonomi dan mewujudkan peluang baru pada syarikat dan pekerja di rantau ini.



Berkata demikian, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, juga berharap dapat dinaik taraf Perjanjian Pengangkutan Udara Asean-China, dengan langkah itu pula akan menyokong industri penerbangan awam dan pelancongan.



Beliau menambah memandangkan negara di rantau ini telah membuat kemajuan dalam vaksinasi Covid-19, adalah tepat masanya buat Asean dan China berusaha membuka semula sempadan secara selamat dan bertahap-tahap kepada penduduk masing-masing.



Encik Lee berkata demikian semasa sidang puncak khas Asean-China semalam yang dijalankan secara maya.



Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog Asean-China.



Kesemua pemimpin Asean hadir dalam sidang itu kecuali Myanmar, selepas ketua junta tenteranya tidak diundang ke sidang itu ekoran kegagalan pihaknya mengikuti syarat perjanjian damai serantau.



Tentera Myanmar pula enggan menghantar perwakilan lebih rendah.



Buat kali pertama, China diwakili Presiden Xi Jinping.



Dalam sidang itu, Encik Lee turut mengalu-alukan langkah Asean meningkatkan hubungan dengan China kepada Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP).



Ini bermakna dua pihak itu akan bekerjasama pada peringkat lebih mendalam dalam bidang yang luas.



Mengenai FTA Asean-China, Encik Lee berkata:



"FTA yang dipertingkat akan meningkatkan ekonomi kita dan mewujudkan peluang baru buat syarikat dan pekerja di rantau ini.



"Harap Kajian Kebolehlaksanaan Bersama dapat dijalankan dengan segera."



Mengenai peningkatan perjanjian pengangkutan udara Asean-China pula, Encik Lee memberitahu bahawa Singapura sudah mengumumkan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dengan 21 negara setakat ini bagi memudahkan kemasukan bebas kuarantin pelawat ke Singapura.



Oleh itu, beliau berharap, sedang negara Asean dan China membuat kemajuan dalam program vaksinasi masing-masing, dua pihak itu boleh membincangkan pembukaan semula sempadan mereka secara selamat dan bertahap-tahap.



Ini boleh dilakukan, contohnya, menerusi pembangunan penyelesaian digital silang kendali dan selamat untuk memudahkan pengiktirafan bersama sijil vaksinasi.



Mengenai isu Laut China Selatan, Encik Lee berkata Asean dan China harus terus bekerjasama demi keamanan dan kemantapan rantau ini, termasuk menangani sebarang ketegangan berkaitan perairan itu.



Berkaitan Kod Tatalaku (COC) di perairan itu yang sedang diusahakan pihak Asean dan China, beliau berkata:



"Kami terus membuat kemajuan dalam rundingan walaupun menghadapi kesukaran mengadakan mesyuarat fizikal kerana wabak Covid-19 ini.



"Singapura akan terus bekerjasama dengan China dan rakan anggota Asean lain ke arah COC yang berkesan dan hakiki selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) 1982."



Sementara itu, Encik Lee memaklumkan, walaupun banyak cabaran dihadapi ekoran pandemik Covid-19, Asean dan China telah terus meningkatkan kerjasama mereka dengan negara Asean menjadi rakan dagangan utama China pada 2020.



Perdagangan tahunan antara kedua-dua pihak kini melebihi AS$500 bilion ($681 bilion).




"FTA yang dipertingkat akan meningkatkan ekonomi kita dan mewujudkan peluang baru buat syarikat dan pekerja di rantau ini. Harap Kajian Kebolehlaksanaan Bersama dapat dijalankan dengan segera."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >