Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Ada pelan terus pertingkat estet matang seperti Teck Ghee

Aug 29, 2022 | 05:30 AM



RANCANGAN untuk terus membangunkan dan mengubah Singapura bukan sahaja terhad kepada bandar-bandar baru, tetapi juga estet matang, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong semalam.



Ini termasuk estet perumahan Teck Ghee yang akan menjalani peningkatan dari segi kemudahan.



Beliau berkata demikian sewaktu majlis makan malam sempena sambutan Hari Kebangsaan di Kelab Masyarakat Teck Ghee malam tadi.



Dalam ucapannya kepada penduduk Teck Ghee, Encik Lee berkata peningkatan sedang dilakukan di kawasan kejiranan Teck Ghee dengan beberapa projek naik taraf di estet itu.



Projek peningkatan di Blok 221 hingga 226, 226A hingga 226C, 226E hingga 226G di Ang Mo Kio Ave 1 sedang menjalani Program Pembaharuan Kejiranan (NRP) dan disasarkan siap menjelang suku ketiga 2023.



Bulan lalu, Encik Lee juga baru merasmikan pembukaan tadika PCF Sparkletots baru di Blk 227.



"Ini akan menyediakan penjagaan kanak-kanak yang lebih mudah diakses dan berpatutan untuk keluarga muda," katanya.



Selain itu, Pasar Besar Ang Mo Kio dan Pusat Makanan di Blok 724 Ang Mo Kio Ave 6 juga telah dibuka semula selepas pengubahsuaian.



Rancangan mereka bentuk semula dan menaik taraf pusat bandar itu dilakukan supaya kemudahan mudah diakses oleh penduduk, dengan lebih banyak kehijauan, tempat duduk dan tempat berlindung.



Fasa pertama peningkatan akan selesai seawal suku kedua 2023, menjangkau dari dataran di luar hab AMK dan 51@AMK, melalui jalan beli-belah luar, sehingga ke Central Stage.



Pada pertengahan tahun depan, sebuah pameran akan diadakan mengenai perkembangan masa depan yang menarik di bandar Teck Ghee dan Ang Mo Kio.



Majlis jamuan malam bagi menyambut Hari Kebangsaan adalah yang pertama diadakan secara fizikal selepas dua tahun disebabkan Covid-19.



Ketika berucap dalam bahasa Melayu semalam, PM Lee mengimbas ucapannya di Rapat Umum Hari Kebangsaan minggu lalu.



Beliau menyentuh tentang bagaimana masyarakat Melayu/Islam telah maju dengan baik sepanjang beberapa tahun yang lalu.



"Prestasi akademik anda yang meningkat, membantu mewujudkan pekerjaan lebih mantap, pendapatan lebih tinggi, dan kehidupan lebih baik.



"Sama pentingnya bagi masyarakat Melayu/Islam ialah faktor budaya dan kerohanian.



"Saya pasti ramai anda gembira kegiatan keagamaan dapat disambung semula. Ini termasuk sembahyang tarawih dan Jumaat, serta ibadah Haji,'' katanya.



Beliau juga gembira melihat para penduduk Teck Ghee berkumpul untuk meraikan adat dan budaya Melayu melalui kumpulan-kumpulan seni seperti kompang dan dikir barat di kelab masyarakat.



Katanya, ini penting untuk mengekalkan semangat kemasyarakatan.



"Saya amat gembira melihat masyarakat Melayu/Islam mengukir identiti Melayu/Islam Singapura yang tersendiri dan penuh berkeyakinan. Inilah caranya kita dapat terus membina sebuah Singapura yang lebih teguh dan lebih berdaya tahan,'' ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >