Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee disahkan positif Covid-19 lagi

Jun 01, 2023 | 12:50 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah diuji positif Covid-19 lagi, hanya beberapa hari selepas pulih daripada virus itu buat kali pertama.

Menurut Encik Lee, beliau berasa sihat dan doktornya telah menasihatkan beliau agar mengasingkan diri sehingga ujian ART menunjukkan hasil negatif.

Kata beliau dalam satu catatan Facebook pada Khamis, para doktor memberitahunya bahawa kes jangkitan semula Covid-19 berlaku dalam 5 peratus hingga 10 peratus kes.

“Ia dikatakan masih berjangkit walaupun risikonya tidak setinggi berbanding jangkitan awalnya.

“Namun, doktor telah menasihatkan saya agar mengasingkan diri sehingga saya diuji negatif untuk ujian ART,” jelasnya.

Akibat jangkitan semula Covid-19, Encik Lee tidak dapat menghadiri upacara pentakdisan Kuil Sri Thendayuthapani.

Selaras dengan adat Hindu, Kuil Hindu menjalani upacara pentakdisan sekali dalam setiap 12 tahun.

Kuil Sri Thendaythapani dijadualkan melaksanakan upacara itu pada 1 Jun 2023.

Persediaan untuk majlis tersebut telah dijalankan sejak setahun lalu dan dijangka siap tidak lama lagi.

Namun Encik Lee berkata adalah penting untuk beliau mengasingkan diri demi menjaga keselamatan orang ramai disekelilingnya.

“Saya minta maaf kepada mereka yang mengendalikan upacara itu dan mereka yang akan menghadirinya.

“Saya berharap semua akan bergembira semasa majlis pentakdisan dan perayaan itu,” kata Encik Lee.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, , akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.

Encik Wong akan menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, dalam Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia (ALM) ke-8 pada 2 Jun 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >