Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee kunjungi muzium udara, angkasa di Washington DC

May 13, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mungkin bukan negara yang memberi tumpuan kepada penerokaan angkasa lepas, namun ia sedang melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam keupayaan berkaitan angkasa untuk menyokong tunggak utama ekonomi negara seperti penerbangan dan maritim.



Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa mengongsi pengalamannya di dalam catatan Facebook selepas satu lawatan ke Pusat Steven F. Udvar-Hazy semalam, yang merupakan sebahagian Muzium Udara dan Angkasa Negara Smithsonian.



Encik Lee sedang melakukan lawatan kerja ke Washington DC untuk menghadiri Sidang Puncak Khas Asean-Amerika (AUSS).



Menulis di Facebook, Encik Lee berkata sektor angkasa lepas mempunyai potensi dan kemungkinan yang tidak terhad.



Banyak teknologi angkasa telah dapat digunakan bagi aplikasi di bumi, seperti sistem pengesanan global (GPS) dalam telefon bijak dan kereta, ujar beliau.



LAPORAN SELANJUTNYA: PM Lee nantikan perbincangan bermakna dengan Biden, rakan Asean




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >