PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, melahirkan penghargaan kepada masyarakat Islam setempat kerana telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan Ramadan yang bermakna pada 2023.
Ramadan ini adalah yang pertama yang menyaksikan masyarakat Islam boleh menyambutnya seperti biasa seperti masa-masa sebelum pandemik Covid-19 melanda Singapura.
Dalam satu catatan di Facebook pada Khamis, Encik Lee menyatakan kegembiraan kerana beberapa kumpulan kariah telah dibolehkan meneruskan rancangan mereka mengadakan solat tarawih di kolong blok setelah adanya perbincangan bersama pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
"Saya memahami hasrat kumpulan-kumpulan kariah menganjurkan solat tarawih di kolong-kolong flat. Saya gembira satu persefahaman telah dicapai dalam perkara ini setelah ia dibincangkan dengan Muis dan mereka telah mengizinkan banyak kumpulan kariah meneruskan rancangan asal mereka.
"Terima kasih kepada kumpulan-kumpulan kariah serta seluruh masyarakat Islam Singapura kerana bekerjasama dengan pihak berkuasa demi menyambut Ramadan kali ini dengan penuh bermakna," kata beliau.
Dalam posnya, Encik Lee juga berkongsi bahawa solat tarawih kini boleh dilakukan semula tanpa tempahan di 57 masjid. Namun, beliau turut menyatakan bahawa beberapa masjid yang masih perlu menggunakan sistem tempahan.
"Bagi 10 masjid yang popular tetapi mempunyai ruang terhad, sistem tempahan perlu diadakan supaya mempermudahkan pengurusan jemaah dan saya telah difahamkan masjid-masjid ini telah berusaha untuk mewujudkan lebih banyak ruang solat," kata beliau.
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang
Pesakit tidak lama lagi boleh meneruskan latihan pemulihan jasmani di rumah selepas mereka keluar dari hospital menerusi pertolongan sebuah program bantuan kecerdasan buatan (AI).
Program Sistem
Senario sebegini jarang-jarang dapat dinikmati dalam sesebuah konsert.
Si datuk menggoyangkan kepalanya digamit memori silam meniti usia remaja di kampung permai sekitar 1960-an apabila Datuk Jeffrydin
Pengumuman pemerintah baru-baru ini mengenai garis panduan tiga pihak yang mengarahkan majikan melaksanakan proses formal bagi pengaturan kerja fleksibel menandakan langkah penting dalam memberi kuasa
Menonton filem bisu lakonan pelawak Hollywood, Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, merupakan antara kegiatan masa lapang saya sewaktu meniti usia kanak-kanak sekitar 1970-an dan 1980-an.
Daya tarikan
Apakah benar produk lebih mahal menjamin mutu yang lebih baik?
“Harga mekap biasanya mengambil faktor harga pendaftaran dan pelesenan. Produk yang melalui proses ujian, pemeriksaan semuanya melibatkan
Meneroka fesyen untuk tampil menarik setiap hari pasti menjadi impian semua orang.
Namun, kadangkala kita menghadapi cabaran mendapatkan penampilan yang diinginkan kerana pakaian yang dipilih tidak
Hampir segala keperluan hidup harian, boleh didapatkan di Singapura tetapi untuk memilikinya kadangkala mencabar bagi dompet, dengan harga barangan yang sentiasa meningkat.
Justeru, ramai yang
Ramai anak Melayu, lelaki atau perempuan, melangkah ke bidang seni solekan dan kecantikan, justeru kita menyaksikan ramai yang menjadikan pekerjaan sebagai juru andam dan make-up artist atau

Mengakhiri posnya yang ditulis dalam kededua bahasa Inggeris dan Melayu itu, beliau menggalakkan masyarakat bukan Islam menyertai rakan-rakan Islam mereka untuk berbuka puasa bersama-sama jika boleh.
"Dengan tiadanya sekatan Covid-19, ramai juga boleh berkunjung ke bazar-bazar Ramadan, dan menikmati kemeriahannya," kata beliau sambil mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
“Saya memahami hasrat kumpulan-kumpulan kariah menganjurkan solat tarawih di kolong-kolong flat. Saya gembira satu persefahaman telah dicapai dalam perkara ini setelah ia dibincangkan dengan Muis dan mereka telah mengizinkan banyak kumpulan kariah meneruskan rancangan asal mereka. Terima kasih kepada kumpulan-kumpulan kariah serta seluruh masyarakat Islam Singapura kerana bekerjasama dengan pihak berkuasa demi menyambut Ramadan kali ini dengan penuh bermakna.”
– Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.