Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee mahu perkukuh lagi jalinan S’pura, Johor

Tunku Mahkota Johor, isteri berada di Republik bagi lawatan rasmi tiga hari
Jul 11, 2023 | 01:45 PM



Johor adalah penghubung utama antara Singapura dengan Malaysia, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Dalam satu kiriman Facebook pada Isnin, beliau berkata:

“Kita mempunyai hubungan istimewa dengan Johor. Kita dihubungkan oleh ikatan mendalam dan hubungan ekonomi teguh, yang dikekalkan walaupun apabila pandemik Covid-19 berlaku. Saya berharap untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Singapura dengan Johor.”

Kiriman itu mengandungi video yang menunjukkan pertemuan Encik Lee dan isterinya, Cik Ho Ching, bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan isterinya, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, bagi jamuan petang di Istana.

Tunku Ismail berada di Singapura untuk satu lawatan rasmi tiga hari dari Isnin hingga Rabu atas undangan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Dalam satu kiriman Facebook, Tunku Mahkota itu berkata beliau dan isterinya dijamu makan malam oleh Dr Balakrishnan dan isterinya pada Isnin di Capella Singapore di Sentosa.

Semasa lawatannya, Tunku Ismail dijadual menemui Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Encik Lee berkata dalam kirimannya bahawa Tunku Ismail mempunyai program padat di Singapura.

“Saya yakin beliau akan mengadakan perbincangan berfaedah, dan meneroka cara meneruskan hubungan kami yang sangat baik. Saya harap beliau mempunyai lawatan bermanfaat,” katanya.

Program Tunku Ismail di Singapura termasuk lawatan ke unit komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian di Bishan.

Tunku Ismail akan juga menyertai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, untuk menyaksikan majlis menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dengan Persatuan Bola Sepak Johor.

MOU itu memberi ruang bagi kerjasama dalam pembangunan bola sepak, termasuk pelaksanaan perlawanan piala bola sepak tahunan antara pasukan pilihan Singapura dengan pilihan Johor mulai 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >