Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sambut baik pelan ekon AS bagi rantau Indo-Pasifik, manfaat Asean

May 14, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mengalu-alukan satu pelan ekonomi yang bakal diumumkan Amerika Syarikat bagi rantau Indo-Pasifik dan menggalak penyertaan lebih besar Asean di bawah rancangan tersebut.



Menyatakan demikian semasa satu acara anjuran Majlis Perniagaan Asean-Amerika dan Dewan Perdagangan Amerika semalam (waktu Singapura), Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong juga berharap Amerika akan mengundang dan melibatkan negara Asean dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) itu.



"Singapura mengalu-alukan rancangan ekonomi yang dicadangkan itu.



"Ia perlu inklusif dan memberi faedah ketara untuk menggalak penyertaan lebih luas, dan ia harus meliputi kerjasama dalam bidang seperti ekonomi digital dan hijau serta infrastruktur kerana isu ini akan menjadi tema utama di rantau ini.



"Kami menggalak penyertaan Asean yang lebih besar dalam IPEF dan kami berharap Amerika akan secara langsung mengundang dan melibatkan anggota Asean dalam usaha ini," ujar beliau.



Rangka kerja itu belum dilancarkan secara rasmi, namun mungkin diumumkan semasa lawatan presiden Amerika, Encik Joe Biden, ke Tokyo dan Seoul minggu depan.



Walaupun hanya beberapa butiran telah dikeluarkan setakat ini, pentadbiran Encik Biden telah memberi isyarat bahawa rangka kerja itu tidak akan menjadi perjanjian perdagangan tradisional dan tidak akan menyertakan peningkatan akses pasaran, kepentingan dan keprihatinan utama kebanyakan ekonomi Asean.



Sebaliknya, IPEF akan menampilkan empat 'tunggak' - tenaga bersih, rantaian bekalan, antirasuah dan perdagangan adil serta berdaya tahan.



Dalam acara semalam, Encik Lee berharap IPEF akan merangkumi kerjasama dalam bidang perdagangan digital; kemudahan perdagangan dan daya tahan rantaian bekalan; dan pembangunan kapasiti.



Ini sedang ekonomi dunia pulih selepas pandemik Covid-19.



Pemimpin Asean lain juga menyuarakan pandangan sama di majlis itu, yang dianjurkan menjelang Sidang Puncak Khas Asean-Amerika (AUSS).



Sementara itu, Setiausaha Akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin, berkata Encik Lee dan pemimpin Asean lain telah dihoskan Encik Biden dalam satu majlis makan malam di Rumah Putih.



Ini merupakan pertemuan pertama secara peribadi antara pemimpin Asean dengan Encik Biden, dan juga kali pertama pemimpin Asean secara bersama bertemu presiden Amerika di Rumah Putih.



"Encik Lee berterima kasih kepada Presiden Biden kerana menjadi tuan rumah Sidang Puncak Khas Asean-Amerika di Washington DC, yang merupakan bukti komitmen Amerika untuk mengekalkan penglibatan peringkat tinggi dengan Asia Tenggara walaupun di tengah-tengah situasi geopolitik yang sukar.



"(Tahun) 2022 menandakan 45 tahun kerjasama dialog Asean-Amerika dengan hubungan Asean-Amerika telah berkembang dengan mantap.



"Encik Lee mengalu-alukan minat Amerika untuk meluaskan kerjasama dengan Asean dalam beberapa bidang seperti pendidikan, ekonomi dan alam sekitar," kata Cik Chang.



Selain itu, Encik Lee dan pemimpin Asean lain juga dijamu dalam satu majlis makan tengah hari bersama pemimpin Kongres yang dihos Speaker Dewan, Cik Nancy Pelosi.



Di majlis itu, Encik Lee menggalak anggota Kongres untuk terus menyokong agenda Asean-Amerika, terutamanya mengenai perdagangan dan pelaburan di rantau ini, dan bagi Asean dan Amerika untuk terus meneroka kerjasama dalam bidang baru dan saling menguntungkan.



Laporan lanjut: Biden umum program kerjasama AS$150j bersama Asean




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >