Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sentuh isu Covid-19, cara SG jamin masa depan di Rapat Hari Kebangsaan

Aug 20, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menyentuh tentang pengalaman Singapura menangani pandemik Covid-19 dan lakaran hala tuju negara dalam menjamin masa depan republik ini semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan (NDR), esok.



Ini dinyatakan beliau menerusi catatan di Facebooknya semalam dan turut menunjukkan persiapan yang dilakukannya di Kolej Central, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio, di mana acara diadakan.



"Semasa saya berucap (di Kolej ITE Tengah) buat pertama kali pada 2013, saya menyatakan bahawa tempat ini menggariskan komitmen saya untuk melabur dalam semua warga negara kami.



"Saya turut menekankan bahawa Singapura ketika itu telah berada di dalam titik perubahan.



"Kini, istilah itu lebih benar berbanding sebelum ini," ujar beliau.



Encik Lee menambah, ini adalah tahun pertama beliau boleh melakukan rapat pada skala penuh sejak bermulanya Covid-19.



Beliau telah menyampaikan ucapan rapat di studio Mediacorp pada 2021, manakala acara itu dibatalkan pada 2020.



Rapat Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun dilihat sebagai ucapan politik paling penting di Singapura.



Encik Lee dijangka akan turut menyentuh mengenai cabaran geopolitik dalam ucapannya Ahad ini.



Dalam catatannya itu juga, Encik Lee menekankan perlunya rakyat Singapura bersedia dari segi psikologi dalam menghadapi dekad-dekad mendatang kerana rantau ini mungkin tidak seaman dan stabil seperti dahulu.



Beliau menambah, paras inflasi dan kadar faedah yang rendah tidak dijangka kembali semula dalam jangka masa yang pendek.



Rapat Hari Kebangsaan itu akan bermula pada 6.45 petang Ahad ini dengan ucapan dalam Bahasa Melayu dan Cina.



Segmen Bahasa Inggeris akan bermula pada pukul 8 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >