Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui Putera Mahkota Saudi, perkukuh hubungan dua hala

Turut ulangi permintaan S’pura tambah kuota rasmi haji
Oct 18, 2023 | 11:08 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud, mengesahkan lagi hubungan dua hala yang baik antara Singapura dengan Saudi dalam satu pertemuan di Istana Al Yamamah di Riyadh pada Rabu petang, waktu tempatan.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata mereka telah bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang seperti perdagangan dan pelaburan, tenaga hijau, ekonomi digital serta pembangunan sektor awam.

Dalam pertemuan itu, Encik Lee turut mengulangi permintaan Singapura untuk menambah kuota rasmi haji.

Kedua-dua pemimpin itu turut menyambut baik lawatan pembelajaran berterusan yang saling diadakan kedua-dua negara serta perkongsian amalan terbaik.







Sejak 2022, terdapat 15 lawatan peringkat menteri yang diadakan antara Saudi dengan Singapura.

Ini termasuk lawatan ke Singapura oleh Menteri Perdagangan Saudi, Dr Majid Abdullah Al Qasabi, dan Menteri Kewangan Saudi, Encik Mohammad Al Jadaan, pada September 2023 serta Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al Rabiah, pada Mac 2023.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pula telah berkunjung ke negara Teluk itu pada Januari 2023 manakala Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, mengadakan lawatan ke Saudi pada September 2022.







Dalam pertemuan mereka, Encik Lee dan Putera Mahkota Mohammed turut menyambut baik kerjasama dalam berbilang aspek di bawah Jawatankuasa Bersama Saudi-Singapura (SSJC) yang mengadakan mesyuarat ketiganya di Riyadh pada Selasa, dengan tumpuan pada bidang keterhubungan, ekonomi digital dan inovasi, serta tenaga dan industri.

Menurut kenyataan MFA, Encik Lee menarik perhatian minat syarikat Singapura dalam bidang pertumbuhan baru di bawah Visi 2030 Saudi dan mengundang lebih banyak syarikat Saudi untuk menggunakan Singapura sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara.

Beliau juga merakamkan penghargaan buat Putera Mahkota Mohammed atas sokongan Saudi untuk menyemak dan mempertingkat Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-Singapura untuk mengambil kira bidang pembangunan ekonomi yang baru.







Di pertemuan itu, Encik Lee turut merakamkan penghargaan buat Putera Mahkota Mohammed di atas aturan haji bagi jemaah Singapura semasa pandemik Covid-19.

Beliau mengulangi permintaan Singapura untuk menambah kuota rasmi haji.

Sebanyak 900 kuota rasmi telah diperuntuk oleh kerajaan Saudi bagi jemaah Singapura bagi 2023.

Pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed itu antara lain turut disertai Dr Balakrishnan; Encik Masagos; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Menerusi laman Facebook beliau pada Khamis pagi, Encik Masagos berkata beliau berbesar hati apabila Encik Lee melahirkan penghargaan kepada Putera Mahkota Mohammed atas pengaturan dan operasi Haji yang baik bagi jemaah Singapura semasa pandemik Covid-19 serta mengulangi permintaan Singapura supaya ditambah kuota rasmi haji untuk memenuhi hasrat semakin ramai jemaah.







“Di pinggir perbincangan itu, saya juga berkesempatan bertemu dengan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Saudi, Ahmad bin Sulaiman AlRajhi.

“Kami berkongsi pandangan dalam usaha bagi memperkukuhkan institusi keluarga dan membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Encik Lee turut mengulangi undangan kepada Putera Mahkota Mohammed untuk mengadakan lawatan rasmi ke Singapura.

Encik Lee dan Putera Mahkota Mohammed juga membincangkan tentang perkembangan global dan serantau dalam pertemuan mereka, termasuk berhubung ketegangan di Timur Tengah.

Encik Lee kini berada di Saudi bagi satu lawatan rasmi dari Selasa hingga Jumaat.

Dalam rangka lawatannya itu, beliau juga akan menghadiri Sidang Puncak Asean-GCC pada Jumaat.

Menurut Encik Masagos, beliau juga menyertai Encik Lee untuk berkunjung Madinah dan Al Ula, sebuah bandar bersejarah yang terletak di bahagian utara Madinah, pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >