Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee utus warkah tahniah kepada PM baru Britain Rishi Sunak

Oct 27, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong telah mengutus warkah tahniah kepada Perdana Menteri baru Britain Encik Rishi Sunak.



Dalam suratnya kepada Encik Sunak semalam, PM Lee berkata jawatan perdana menteri Encik Sunak tiba pada masa cabaran besar bagi banyak negara disebabkan oleh ketegangan geo-politik, perang berterusan di Ukraine dan peningkatan inflasi.



Beliau berkata walaupun Encik Sunak mempunyai banyak "keutamaan mendesak", beliau berharap Singapura, Britain dan negara lain dapat bekerjasama menguruskan cabaran yang kompleks dan meneroka peluang kerjasama.



Di tengah-tengah banyak keutamaan mendesak dan agenda penuh anda, saya harap kita dapat bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan mesra," tulis PM Lee.



Kedua-dua Singapura dan UK adalah penyokong tegar kuat aturan pelbagai hala berasaskan peraturan, kata PM Lee.



Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua negara, yang berkongsi hubungan sejarah dan rakyat dengan rakyat yang kukuh, mempunyai kerjasama merentasi banyak sektor, termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan pertahanan, serta penyelidikan dan inovasi.



PM Lee juga menekankan komitmen Singapura terhadap Perkongsian Kewangan, yang ditandatangani Encik Sunak tahun lalu ketika beliau masih Canselor Perbendaharaan Britain.



Perkongsian itu ditandatangani oleh Encik Sunak dan Menteri Kanan Encik Tharman Shanmugaratnam di Dialog Kewangan UK-Singapura keenam, yang diadakan secara maya pada Jun 2021.



Kedua-dua negara bersetuju dalam beberapa bidang kepentingan, seperti kerjasama kawal selia, mempercepatkan kewangan hijau dan menggalakkan pembangunan pasaran karbon.



Terdahulu pada Februari, kedua-dua negara turut menandatangani Perjanjian Ekonomi Digital UK-Singapura, yang berkuat kuasa pada Jun tahun ini.



PM Lee menyebut perjanjian itu sebagai peristiwa penting bagi kedua-dua negara yang membuka prospek pertumbuhan baharu untuk perniagaan.



"Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dalam memupuk kestabilan dan perpaduan di United Kingdom, dan membina masa depan yang lebih baik dan lebih makmur untuk rakyat Britain," tulis PM Lee.




“Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dalam memupuk kestabilan dan perpaduan di United Kingdom, dan membina masa depan yang lebih baik dan lebih makmur untuk rakyat Britain.”
– Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >