Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat insiden wanita persoal etnik penumpang dalam MRT

Apr 28, 2021 | 05:30 AM



POLIS berkata ia sedang menyiasat insiden melibatkan seorang wanita yang bertanya penumpang lain mengenai kumpulan etnik mereka dalam sebuah MRT baru-baru ini.



Seorang perempuan berusia 57 tahun sedang membantu siasatan.



Dalam video bertarikh 21 April, seorang wanita yang memakai baju merah jambu dirakam bertanya penumpang dalam kereta api di Laluan East-West (EWL) mengenai kumpulan etnik mereka.



Wanita itu juga dilihat seolah-olah mengambil video penumpang-penumpang tersebut.



Dalam sebuah video di Twitter yang dimuat naik oleh Ryan Kalmani, wanita itu boleh didengar berkata beliau dari Hwa Chong dan menyoal penumpang lain mengenai pendidikan mereka.



Apabila seorang penumpang memberitahu wanita itu beliau berbangsa Melayu, wanita itu berkata: "Melayu? Patutlah."



Wanita itu juga mendakwa beliau telah diganggu penumpang lain dan mendakwa beliau telah menghitung jumlah penumpang Melayu di kereta api sebelum membuat dakwaan tersebut.



Dalam laporannya, The Straits Times berkata keadaan mental wanita itu kini sedang dinilai.



Menyusuli insiden itu yang menjadi tular di Twitter, warganet menemui saluran YouTube yang berdaftar kepada pengguna bernama Beow Tan.



Ia dikatakan dikendalikan oleh wanita dalam insiden tersebut.



Saluran itu mempunyai 29 video yang telah dimuat naik.



Sebanyak 28 video tersebut - yang berlangsung antara sesaat dengan lebih lima minit, mendakwa insiden perkauman di tempat awam.



Namun, kebanyakan klip video itu, yang menggunakan tajuk seperti "Malays Harassing Chinese" dan "Indian sexually harassing 56 year old Chinese lady", sekadar menunjukkan orang ramai di tempat awam.



Klip paling awal yang dimuat naik bertarikh Disember 2016, tetapi yang lain dimuat naik antara April 2019 dengan bulan ini.



Ada warganet juga telah menggorek butiran peribadi wanita itu dan meyebarnya di dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >