Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pondok Gelam beri habuan Raya kepada 26 ahli

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



KELAB Pondok Peranakan Gelam (PPGC), sebuah kumpulan bantu diri bagi masyarakat Bawean, berjaya mengutip derma dalam bentuk barangan keperluan Hari Raya dan sumbangan berjumlah hampir $10,000 bagi Dana Kita Prihatin yang diusahakannya.



Hasil daripada projek Dana Kita Prihatin itu, PPGC telah mengagihkan hamper bagi sambutan menjelang Hari Raya dan sumbangan wang tunai sebanyak $170 kepada 26 ahlinya yang memerlukan pada Ahad lalu.



"Alhamdulillah, buat tahun kedua, Dana Kita Prihatin Pondok Gelam berjaya mengumpulkan hampir $10,000, termasuk barangan yang diperolehi daripada beberapa projek pengumpulan dana seperti derma kilat dan pemberian daripada orang perseorangan," jelas setiausaha kehormat PPGC, Encik Borhan Saini.



"Kami juga menerima tajaan barangan daripada syarikat EOSTRE Singapore Pte Ltd iaitu Ken&Sally International Group dan Jo Market @Tampines & AOX Pte Ltd.



"Dengan adanya sumbangan ini, seramai lebih 26 penerima dana tersebut telah dikunjungi ahli jawatankuasa Pentadbir Pondok Gelam untuk menerima barangan keperluan persiapan Syawal seperti kuih Raya, sirap minuman, keperluan asas seperti minyak masak, beras, gula serta wang tunai sebanyak $170, satu peningkatan jumlah wang tunai yang diberikan kepada setiap seorang penerima kali ini."



Tahun lalu, PPGC mengumpulkan $5,000 bagi Dana Kita Prihatin dan mengagihkan barang keperluan Raya dan wang tunai $150 seorang kepada 25 penerima.



Antara penerima Dana Kita Prihatin PPGC tahun ini termasuk Cik Manisah Sitri, yang kematian suami akibat tragedi pembuangan botol dari tingkat atas sebuah kondominium beberapa tahun lalu; Cik Hassan Masjuni, yang masih menampung perbelanjaan ketiga-tiga anaknya yang melanjutkan pengajian di luar negara; serta pelawak veteran, Mahadi Shor, yang menghidap penyakit kronik.



Turut menerima sumbangan ialah mantan Pak Lurah Pondok Gelam, Encik Kassim Wari; mantan penasihat Pondok Gelam, Encik Abdul Manan Nahrawi, serta beberapa penerima yang begitu uzur dan lanjut usia.



Menurut Encik Borhan, PPGC berbesar hati projek Dana Kita Prihatin mendapat sambutan yang begitu menggalakkan, terutama daripada masyarakat bukan Melayu yang juga ingin berkongsi sama keprihatinan mereka kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama di sini.



"Kami turut berasa terharu menerima pemberian yang bertujuan meringankan kos perbelanjaan mereka yang memerlukan, terutama menjelang Aidilfitri.



"Memang antara tujuan projek ini adalah untuk menanam semangat prihatin terutama dalam generasi muda serta semangat gotong-royong untuk membantu mereka yang memerlukan di samping mengenang jasa-jasa mereka yang telah berbakti kepada masyarakat," tambah beliau.



Encik Borhan melahirkan harapan projek Dana Kita Prihatin itu akan menjadi projek tahunan yang berterusan dari tahun ke tahun PPGC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >