Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah dianugerah Pedang Temasek

Jul 07, 2023 | 09:02 PM



Presiden Halimah Yacob telah menerima Pedang Temasek daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) yang diberikan kepada beliau sebagai penghargaan atas sumbangannya kepada polis sepanjang khidmatnya sebagai presiden, termasuk dalam menggalak SPF terus memupuk keyakinan awam dan bekerjasama dengan masyarakat.

Empat bekas presiden – Dr Tony Tan, mendiang Encik S R Nathan, mendiang Encik Ong Teng Cheong dan mendiang Encik Wee Kim Wee – pernah menerima anugerah yang sama.

Dua mantan Perdana Menteri, mendiang Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Chock Tong, juga pernah menerima anugerah tersebut. Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, juga pernah diberikan anugerah tersebut.

Pada Jumaat, Puan Halimah menerima Pedang Temasek daripada Pesuruhjaya SPF, Encik Hoong Wee Teck, di Majlis Makan Malam tahunan SPF di Istana.

Turut hadir di majlis tahunan itu ialah suami Puan Halimah, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee. 

Pedang Temasek, yang diperkenalkan pada 1982 oleh Mes Pegawai Polis Singapura, diberikan kepada tetamu terhormat di setiap Majlis Makan Malam tahunan SPF.

Pedang Temasek terakhir, pada April 2023, diberikan kepada bekas Panglima Pasukan Pertahanan (CDF), Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong Su Kiat, yang bersara dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1 Jun untuk menyertai perkhidmatan pentadbiran.

Dalam pada itu, Puan Halimah juga dihadiahkan lukisan batik yang menunjukkan Perbarisan Hari Polis 2022, di mana beliau berperanan sebagai Pegawai Pemeriksa, oleh Rumah Tumpangan Orang Tua Jamiyah. Lukisan itu dihasilkan oleh sekumpulan artis yang menetap di sana.

Puan Halimah, 68 tahun, sebelum ini berkata beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang. Pilihan Raya Presiden perlu diadakan sebelum penggal enam tahun beliau berakhir pada 13 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >