Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa belia, karyawan muda sumbang kepakaran

Seru golongan itu sertai Rangkaian Karyawan Mendaki, gembleng tenaga perkasa masyarakat
Jul 08, 2023 | 05:07 PM



Semakin masyarakat Melayu/Islam mencapai kemajuan yang ketara dalam pendidikan dan menikmati pendapatan isi rumah lebih baik, amat penting untuk belia dan karyawan muda tampil dan berkongsi kepakaran mereka demi meningkatkan prestasi masyarakat.

Demikian gesaan Presiden Halimah Yacob semasa berucap kepada sekitar 200 belia dan karyawan muda pada Sabtu di Persidangan Masyarakat Gemilang Mendaki yang diadakan di Wisma Geylang Serai.

Puan Halimah diiringi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad selaku pengerusi Mendaki; dan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) selaku timbalan pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad; serta ketua pegawai eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.

Diadakan buat tahun kedua, persidangan itu bertujuan menghimpunkan belia dan karyawan muda untuk saling menggembleng tenaga demi memperkukuh keupayaan masyarakat.

“Bilangan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) Melayu juga telah meningkat daripada kira-kira 30 peratus pada 2010 kepada kira-kira 40 peratus pada 2020, dengan ramai dalam sektor pertumbuhan yang stabil.

“Prospek kerjaya yang lebih baik bermakna pendapatan yang lebih baik,” kata Puan Halimah.

Semasa majlis itu, Puan Halimah turut menggesa golongan belia agar menyertai Rangkaian Karyawan Mendaki, yang ditubuhkan pada 2019.

Ini khusus untuk membantu PMET Melayu/Islam mengembangkan modal sosial mereka dan membina ekosistem sokongan bagi golongan muda dalam masyarakat yang mencari tapak mereka dalam dunia pekerjaan.

“Hampir 420 profesional telah menyertai Rangkaian Karyawan ini dan saya difahamkan beberapa lagi akan ditubuhkan tahun ini. Saya menggalakkan anda untuk mendaftarkan diri anda jika anda belum berbuat demikian, atau memulakan rangkaian anda sendiri,” ujar Puan Halimah.

Sehingga kini, Mendaki telah menubuhkan lima Rangkaian Karyawan, yang merangkumi sektor teknologi, sains hayat, perbankan dan kewangan, undang-undang serta kejuruteraan.

Salah seorang peserta, Encik Fawwaz Azhar, 31 tahun, yang bekerja sebagai pereka seni bina dan bandar juga menyeru agar karyawan muda tampil untuk membina sistem sokongan yang kuat untuk menyokong satu sama lain.

“Pasaran kerja semakin berubah. Jadi penting bagi kita untuk kekal relevan, dan didedahkan kepada apa yang akan datang dari segi kerjaya dan pendidikan,” kata Encik Fawwaz.

Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut mengalu-alukan saranan Puan Halimah.

“Saya ingin menggalak belia dan karyawan kita untuk tampil bukan sahaja dalam kerja kemasyarakatan, malah untuk mengongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang-bidang karyawan mereka seperti kejuruteraan, perubatan dan lain-lain.

“Banyak yang boleh kita raih jika para karyawan kita tampil dan menggembleng tenaga untuk membantu masyarakat kita,” kata Encik Fahmi.

Semasa majlis tersebut, para belia berinteraksi dan berkongsi pendapat dengan Anggota Parlimen (AP) Melayu yang lain seperti Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang) Cik Rahayu Mahzam; Encik Saktiandi Supaat, Cik Nadia Ahmad Samdin, Encik Sharael Taha dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >