Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PRESIDEN HALIMAH YACOB DI CHINA

Presiden Halimah hadiri jamuan dihos Presiden Xi

Feb 06, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob menghadiri jamuan selamat datang yang dihoskan Presiden China, Encik Xi Jinping, dan isterinya, Cik Peng Liyuan, semalam, dalam kunjungan negara beliau ke China.



Ini setelah Puan Halimah menghadiri acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing kelmarin.



Sebelum majlis jamuan itu, Puan Halimah mengunjungi pameran yang memaparkan warisan budaya China di Dewan Besar Rakyat.



Sewaktu pertemuan bersama Perdana Menteri Li Keqiang semalam pula, Puan Halimah mengucapkan tahniah kepada China di atas pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berjaya.



Beliau turut meluahkan penghargaan betapa Sukan Olimpik dapat menyatukan atlet dari serata dunia untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan dan menggalak sikap kesukanan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



Dalam pos Facebooknya kelmarin, Puan Halimah melahirkan rasa kagum akan pemandangan yang dilihatnya dan tertawan oleh persembahan di majlis pembukaan itu.



"Tema kemanusiaan dan sukan digambarkan secara sesuai dengan atlet seluruh dunia bergabung mendorong satu sama lain ke arah mencapai kecemerlangan sukan," tulisnya.



Beliau mengucapkan terima kasih kepada hos di China atas layanan baik.



Puan Halimah tiba di Beijing Khamis lalu. Sejak permulaan pandemik Covid-19 pada 2020, Encik Xi belum bertemu sebarang pemimpin asing secara bersemuka. Beliau mempunyai jadual perjalanan padat pada 2019.



China telah mengenakan antara sekatan perjalanan paling ketat sebagai sebahagian langkah menangani pandemik dan merupakan ekonomi dunia utama terakhir yang masih melaksana dasar "sifar Covid-19".



Sukan Olimpik Musim Sejuk diadakan dalam sebuah gelembung dengan peserta dihadkan dalam "gelung tertutup" tanpa akses kepada orang awam.



Puan Halimah antara sekitar 20 orang kenamaan yang diundang menghadiri acara pembukaan temasya sukan itu.



Jemputan lain termasuk Presiden Russia, Encik Vladimir Putin; Perdana Menteri Pakistan, Encik Imran Khan ;dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >