PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menulis surat ucap tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, di atas pelantikannya.
Mereka menekankan Singapura dan Amerika mengongsi hubungan dua hala lama dan berpanjangan, sambil melahirkan harapan dapat bertemu Encik Biden.
Dalam suratnya, Puan Halimah berkata dunia sedang menghadapi cabaran besar ekoran Covid-19.
"Pengalaman lama anda di pejabat awam akan menyediakan kepimpinan yang membimbing dan mantap dalam waktu kritikal buat Amerika ini dan masyarakat antarabangsa.
"Saya ucapkan yang terbaik buat anda sedang anda memimpin negara anda ke hadapan," ujar beliau.
Puan Halimah menambah Singapura dan Amerika mengongsi persahabatan lama dan berpanjangan. Hubungan dua hala juga terus berkembang tahun demi tahun. Ini termasuk dari segi pertahanan dan keselamatan, ekonomi dan hubungan warga.
"Saya masih ingat bertemu anda semasa lawatan anda ke Singapura pada Julai 2013, dan berharap dapat menyambut anda dan keluarga anda kembali ke Singapura lagi," ujar Puan Halimah.
Sambil meniru gaya pelawak, S. Shamsuddin, dalam filem Pendekar Bujang Lapok, seorang teman berkata, “Alif tendang wau... Sarkaslah!”
Beliau bukan berlatih untuk sesi uji bakat menjadi pelawak tetapi
Terletak di tengah-tengah Haji Lane yang rancak, dua kedai, Waroeng Anak Indo dan Rumi The Poet’s Cup, telah muncul sebagai tempat melepak bagi golongan belia yang ingin berehat dan bersembang.
Dimili
Meskipun mendapat julukan tempat lepak ‘mat’ dan ‘minah’, kedai minuman, Rumi The Poet’s Cup di Haji Lane, mempunyai daya tarikannya sendiri, kata pelanggan.
Sedang ada yang mengakui kurang selesa lalu
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menyifatkan kecerdasan buatan (AI) bukan hanya melibatkan ChatGPT atau Model Bahasa Besar, bahkan sebagai teknologi utama masa depan –
Ramai wanita hamil dilapor mengalami gingivitis – sejenis keradangan gusi.
Gejalanya termasuk bengkak, pendarahan, kemerahan, atau kelembutan pada tisu gusi.
Ini mungkin disebabkan oleh perubahan
Dalam satu ‘reunion’ atau pertemuan semua dengan kawan-kawan sekolah lama baru-baru ini, soal perkahwinan masing-masing antara hangat diperkatakan.
Ada yang mengadu menahan rasa ‘sebal’ kerana perlu
Keadaan biologi kita berubah seiring pertambahan usia. Ia menyebabkan warga emas mempunyai alasan berbeza untuk kekal cergas berbanding generasi muda.
Ketika seluruh negara bergerak ke arah gaya hidup
Dengan barisan pelakon handalan dan ‘nama besar’ dalam industri hiburan Malaysia seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Remy Ishak menjadi sebahagian daripada filem, The Experts, tidak
Jangan buang tabiat... dah tua-tua, tak payah nak romantis macam orang muda – mungkin ini antara dialog yang pernah kita dengar dalam kalangan pasangan yang sudah bergelar datuk dan nenek.
Ahli Daftar
Cuba bayangkan alunan dan lirik lagu, ‘Kita Bikin Romantis’ nyanyian kumpulan dari Indonesia, Maliq & D’Essentials, ketika membaca tulisan di bawah ini.
Ini kerana laporan kali ini menyingkap kisah

Sementara itu, dalam suratnya, PM Lee berkata Encik Biden memegang jawatan pada masa Amerika dan seluruh dunia menghadapi banyak cabaran besar.
Banyak negara, termasuk Amerika, mengalami gelombang pandemik yang berulang.
"Mereka mengalami kerosakan besar ke atas ekonomi dan juga mata pencarian rakyat masing-masing.
"Kepimpinan Amerika yang kuat akan membuat perbezaan sangat penting kepada pemulihan bersama kita dan membentuk dunia pos-Covid-19," kata Encik Lee.
Beliau menambah bahawa Singapura telah menjadi rakan strategik, pertahanan dan ekonomi Amerika yang lama, dengan dua negara ini terus meluaskan kerjasama dalam bidang baru seperti ekonomi digital, kesambungan data, keselamatan siber, dan juga pembiayaan infrastruktur.
"Anda boleh terus bergantung pada Singapura sebagai rakan konsisten dan boleh dipercayai, sedang kita memajukan kepentingan bersama negara kita dan menangani cabaran bersama."
Encik Lee turut melahirkan harapan dapat bertemu Encik Biden secepat mungkin sama ada di Singapura atau di Washington D.C.