Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, PM Lee ucap takziah atas pemergian mantan Presiden China

Dec 02, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menulis surat kepada para pemimpin China kelmarin untuk menyampaikan ucapan takziah atas kematian mantan Presiden China, Encik Jiang Zemin.



Encik Jiang, 96 tahun, meninggal dunia petang kelmarin di Shanghai, lapor The Straits Times.



Menurut agensi berita Xinhua, beliau meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan kegagalan pelbagai organ.



Encik Jiang ialah setiausaha agung Parti Komunis dari 1989 hingga 2002 dan merupakan ketua negara dari 1993 hingga 2003.



Dalam surat kepada Presiden Xi Jinping, Puan Halimah berkata:



"Presiden Jiang ialah seorang negarawan terbilang, yang melalui pembaharuan ekonomi yang berterusan, telah memimpin China pada tempoh pertumbuhan dan pembangunan yang pesat, dan dengan ketara meningkatkan taraf hidup di China."



Encik Jiang membina asas kukuh hubungan Singapura-China yang diletakkan oleh generasi pemimpin terdahulu dan terus memperdalam persahabatan dan hubungan rakyat dengan rakyat antara Singapura dan China, kata Puan Halimah.



"Perkongsian yang erat dan berkekalan antara Singapura dengan China hari ini membuktikan peranan utama yang telah dimainkannya dan usaha generasi pemimpin berturut-turut untuk mengukuhkan hubungan dua hala," tambahnya.



"Presiden Jiang akan dikenang atas jasa dan dedikasinya kepada negaranya.



"Kami bersama rakyat China semasa tempoh perkabungan ini," kata Puan Halimah.



Dalam surat kepada Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, Encik Lee berkata:



"Presiden Jiang memimpin China semasa fasa penting pembangunannya.



"Kepimpinannya yang baik dan pelaksanaan reformasi dan keterbukaan yang tegas adalah penting dalam membimbing integrasi China ke dalam ekonomi global dan kemunculannya di pentas dunia."



Beliau menambah bahawa langkah Encik Jiang menyertai China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) membolehkan negara itu mengatasi reformasi domestik yang sukar dan memupuk pertumbuhan pesat dan pemodenannya untuk manfaat besar China dan rakan ekonominya, termasuk Singapura.



Encik Lee menambah, Encik Jiang telah bertemu mantan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Chok Tong, pada banyak kesempatan, dan memberikan layanan mesra kepada mereka semasa lawatan ke China.



Beliau juga berkata bahawa beliau mendapat peluang menjadi menteri dalam kehadiran Encik Jiang apabila beliau membuat lawatan negara ke Singapura pada 1994.



Encik Lee turut berkata bahawa Encik Jiang memberi sumbangan besar dalam mengembangkan hubungan dua hala, khususnya dalam projek pemerintah-ke-pemerintah pertama Singapura, Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura (SIP).



"Sokongan peribadi beliau untuk projek di peringkat tertinggi membolehkan SIP mengatasi cabaran awal untuk menjadi simbol persahabatan dan kerjasama yang berjaya dan berkekalan antara kedua-dua negara kita," kata PM Lee.



"Hubungan Singapura dengan China terus berkembang di bawah pengganti Presiden Jiang.



"Sumbangan beliau adalah sumbangan yang berkekalan yang telah kami satukan dan bina di atasnya. Presiden Jiang akan lama diingati sebagai sahabat terhormat Singapura," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >