Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Terap budaya utamakan penumpang lain di pengangkutan awam

Minggu Penumpang Prihatin dilancar bagi galak prihatin dalam kalangan penumpang
Nov 28, 2021 | 05:30 AM



SEDANG infrastruktur pengangkutan awam terus berkembang, Singapura juga perlu menerapkan budaya yang lebih prihatin dan mengutamakan keperluan penumpang dalam setiap perjalanan, kata Presiden Halimah Yacob.



Menekankan demikian, Presiden Halimah berkata langkah memperluas infrastruktur hanya satu aspek dalam memastikan pengalaman menaiki pengangkutan awam bertambah baik.



"Tindakan yang dilihat kecil boleh mempunyai kesan berlipat ganda terhadap penumpang," kata beliau selepas melancarkan Minggu Penumpang Prihatin semalam.



"Sikap bertimbang rasa yang ditunjukkan, contohnya dengan memberi tempat duduk kepada mereka yang memerlukan, boleh membezakan antara perjalanan menyenangkan atau tidak.



"Perbuatan ringkas seperti menyapa penumpang lain dan juga kakitangan pengangkutan awam boleh menaikkan semangat dan merangsang mereka," kata Puan Halimah.



Inisiatif Minggu Penumpang Prihatin yang dilancarkan buat julung-julung kalinya itu bertujuan menggalak budaya prihatin dalam kalangan penumpang pengangkutan awam.



"Semua, termasuk kakitangan pengangkutan awam hingga penumpang kita, memainkan peranan penting dalam mengubah sistem pengangkutan awam kita supaya lebih prihatin dan inklusif," ujar beliau.



Acara itu dianjurkan Jawatankuasa Penumpang Prihatin SG yang dibentuk tahun lalu.



Jawatankuasa itu juga membentangkan dapatan satu tinjauan ke atas lebih 2,000 penumpang yang dijalankan antara April dan November tahun lalu melalui beberapa wadah, termasuk dalam talian dan melalui sesi perbincangan.



Antara lain, dapatan tinjauan itu menunjukkan bahawa penumpang kurang daya penglihatan ada kalanya ingin bergerak sendiri tanpa memerlukan bantuan.



Belia yang ditinjau pula berkata mereka mungkin memutuskan tidak membantu penumpang lain disebabkan keprihatinan atau cabaran sendiri yang dihadapi.



Namun, pada masa, sama mereka akan bertindak secara "tidak langsung" untuk membantu orang lain, seperti berdiri dengan senyap untuk memberi tempat duduk mereka kepada yang lebih memerlukan.



Acara pelancaran itu, yang diadakan di auditorium Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Dalam ucapannya, Encik Iswaran berkata: "Perjalanan harian kita bukan hanya untuk bergerak dari tapak A ke B, tetapi juga menunjukkan cara kita menggunakan ruang yang dikongsi dengan anggota lain dalam masyarakat.



"Sedang usaha jawatankuasa ini dan juga pihak berkepentingan pengangkutan awam lain cukup penting dan membentuk asas, budaya prihatin akan penumpang lain dan menjadikan ini gaya hidup kita hanya dapat diterapkan melalui kerjasama rapat dengan masyarakat."




"Sikap bertimbang rasa yang ditunjukkan, contohnya dengan memberi tempat duduk kepada mereka yang memerlukan, boleh membezakan antara perjalanan menyenangkan atau tidak.

Perbuatan ringkas seperti menyapa penumpang lain dan juga kakitangan pengangkutan awam boleh menaikkan semangat dan merangsang mereka."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >