Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Tonjolkan semangat kemasyarakatan, atasi negativiti

Feb 10, 2022 | 05:44 AM



WARGA Singapura perlu terus menonjolkan semangat kemasyarakatan mereka dan bangkit mengatasi negativiti bagi mengharungi gelombang varian Omicron Covid-19, kata Presiden Halimah Yacob.



Semangat kemasyarakatan yang dimaksudkan Puan Halimah dapat dilihat pada 10 finalis Anugerah Tokoh Singapura Tahun 2021 The Straits Times (ST).



Mereka terdiri daripada atlet yang memberi inspirasi, wira masyarakat berani dan individu tekun memperjuang inisiatif kemasyarakatan mereka.



Berucap di majlis penyampaian anugerah itu di Universiti UBS di Penang Road semalam, Puan Halimah berkata: "Mereka datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan, tetapi mereka berkongsi beberapa sifat sama."



Beliau berkata finalis itu telah menunjukkan kekuatan perwatakan yang dikagumi dan yang menjadi asas jenis masyarakat yang Singapura ingin dicapai.



"Finalis Tokoh Singapura Tahun ini ST telah mencabar kita supaya berfikir dan bertindak melebihi keupayaan biasa mereka.



"Mereka membuat kita rasa kurang selesa terus hidup dalam zon selesa, yang telah merangkumi diri kita, tetapi malah (mendorong) kita melepasi jangkaan dalam diri kita sendiri," kata beliau.



"Dalam keadaan pandemik sekarang, apabila kehidupan harian kita kelihatan suram dan biasa, mereka membangkitkan semangat kita dan menunjukkan tiada apa yang dapat menghalang manusia."



Puan Halimah berkata meskipun hanya seorang finalis dinobat sebagai Tokoh Singapura Tahun ini ST, mereka semua layak dihormati.



"Dalam dunia di mana kita semua tiap hari diingatkan mengenai konflik tidak dapat diselesaikan, penderitaan tidak dipapar dan janji tidak ditepati, tindakan keberanian dan kebaikan sebegini, dan idea baru untuk membina sebuah masyarakat lebih inklusif dan mampan, benar-benar memberi motivasi," katanya.



Dianjurkan oleh ST dan disampaikan oleh UBS Singapore, anugerah itu diberi setiap tahun kepada individu atau kumpulan warga Singapura yang telah memberi kesan kepada masyarakat.



Tahun ini, iaitu edisi ketujuhnya, anugerah itu disampaikan kepada Encik Sakthibalan Balathandautham, yang menderma sebahagian hatinya kepada seorang kanak-kanak yang tidak pernah ditemuinya.



Tahun lalu, anugerah itu diberikan kepada pejuang barisan depan dalam perang berterusan menentang Covid-19.



Walaupun ramai menghargai kerja yang dilakukan petugas barisan depan, Puan Halimah berkata bilangan pekerja penjagaan kesihatan di institusi awam dilaporkan didera atau diganggu meningkat sejak empat tahun lalu.



"Kita mesti menunjukkan belas kasihan lebih besar terhadap mereka yang mempertaruh keselamatan mereka sendiri untuk melindungi orang lain.



"Saya berharap kisah-kisah inspirasi finalis anugerah Tokoh Singapura Tahun ini akan mengukuhkan nilai positif yang sepatutnya menggambarkan diri kita sebagai warga Singapura.



"Kita mesti terus menonjolkan semangat kemasyarakatan kita dan bangkit mengatasi negativiti untuk mengharungi gelombang Omicron," seru Puan Halimah.




"Kita mesti menunjukkan belas kasihan lebih besar terhadap mereka yang mempertaruh keselamatan mereka sendiri untuk melindungi orang lain. Saya berharap kisah-kisah inspirasi finalis anugerah Tokoh Singapura Tahun ini akan mengukuhkan nilai positif yang sepatutnya menggambarkan diri kita sebagai warga Singapura. Kita mesti terus menonjolkan semangat kemasyarakatan kita dan bangkit mengatasi negativiti untuk mengharungi gelombang Omicron."

- Presiden Halimah Yacob.







Penderma hati Tokoh Singapura 2021



SEMASA menyemak mesej di media sosial pada Julai 2020, Encik Sakthibalan Balathandautham ternampak satu rayuan oleh pasangan muda yang mencari penderma hati bagi anak mereka yang berusia satu tahun.



Pada malam itu, kira-kira 1 pagi, Encik Sakthibalan menghubungi pasangan tersebut dan bersetuju menderma sebahagian daripada hatinya kepada kanak-kanak perempuan yang tidak pernah ditemuinya itu.



Selepas menjalani beberapa pusingan ujian, pegawai eksekutif jualan kanan berusia 28 tahun itu menderma 23 peratus hatinya kepada bayi bernama Rheyaitu dua bulan kemudian, pada 30 September.



Bagi tindakannya yang tidak mementingkan diri sendiri dan menjadi inspirasi kepada orang lain, Encik Sakthibalan dinamakan sebagai Tokoh Singapura Tahun 2021 The Straits Times semalam.



Dianjurkan oleh ST dan disampaikan oleh UBS Singapore, anugerah itu diberi setiap tahun kepada individu atau kumpulan warga Singapura yang telah memberi kesan kepada masyarakat.



Seramai 10 individu dan kumpulan dicalonkan tahun ini.



Sebagai pemenang, Encik Sakthibalan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai $20,000. Hadiah wang tunai ditaja UBS, yang menyokong anugerah itu sejak perasmiannya.



Beliau juga menerima penginapan lima malam di sebarang mana-mana hartanah global Millennium & Copthorne Hotels dan sepasang tiket kelas perniagaan Singapore Airlines.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >