KERETA API awam di Singapura kini boleh berkhidmat bagi jarak 1.6 juta kilometer sebelum mengalami kegenjotan, peningkatan yang menjadikan sistem rel di sini antara yang terbaik di dunia.
Data awal dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura menunjukkan rangkaian MRT mencapai MKBF 1,638,000 tren-kilometer (tren-km) bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada Jun 2020.