Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bakar roti perkasa individu kurang upaya

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



MELATIH individu kurang upaya kemahiran membakar roti supaya membantu mereka dalam usaha mendapatkan pekerjaan.



Begitulah yang diusahakan Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC) yang melancarkan program membakar roti Knead with Love (Uli dengan Cinta) sempena ulang tahunnya yang ke-10 semalam.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang merupakan tetamu kehormat, berkata usaha itu menyumbang kepada usaha di bawah Pelan Induk Pemerkasaan 2030, di mana individu kurang upaya dapat diiktiraf dan diperkasakan untuk menjadi ahli masyarakat yang penting dan berupaya menyumbang.



"Usaha ini menciptakan peluang serta meningkatkan kehidupan individu yang kurang upaya.



"Di bawah Pelan Induk Pemerkasaan 2030, kami akan menjalin perkongsian yang lebih kukuh antara rakyat, sektor awam dan swasta, termasuk orang kurang upaya dan penjaga mereka.



"Bersama-sama, kami akan membangunkan huraian dalam bidang seperti pendidikan dan pembelajaran berterusan, pekerjaan, penjagaan kesihatan, dan kebolehcapaian," katanya.



Beliau berkata usaha merealisasikan visi masyarakat yang lebih prihatin dan inklusif merupakan tanggungjawab bersama.



Beliau berkata demikian sewaktu acara ulang tahun itu yang diadakan secara hibrid di hotel Fairmont Singapore, Stamford Ballroom.



Ia disiarkan secara langsung melalui wadah Zoom dengan hampir 1,000 kakitangan, sukarelawan dan benefisiari daripada 10 lokasi satelit.



Turut menyertai acara tersebut ialah Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, serta pelbagai ketua agensi, seperti Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), SG Cares dan SG Enable.



Sempena ulang tahun THKMC, beberapa mesej, termasuk mesej daripada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kepada Kumpulan Amal THK telah diletakkan dalam kapsul masa.



Kapsul masa mengandungi kenangan indah tentang perjalanan panjang pertubuhan itu selama 10 tahun, enam bahagian perkhidmatan dan bahagian HQ, menyumbang artifak yang mewakili peristiwa penting dalam perjalanan mereka berkhidmat kepada masyarakat.



THKMC merancang membuka kapsul masa semasa ulang tahun ke-20nya.



Badan itu telah ditubuhkan pada 2011, untuk menyelaras dan menyusun semula perkhidmatan sosial THK.



Ia bermula sebagai Rumah Orang Kurang Upaya Moral dengan 22 kanak-kanak kurang upaya.



Perkhidmatan THKMC kini menjangkau lebih 50,000 orang.



Pengerusi THKMC, Encik Lee Kim Siang, semalam melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada relawan, ahli lembaga dan semua yang telah menyokong usaha badan itu dalam tempoh Covid-19 yang sukar.



"Terdapat sebab kerana Thye Hua Kwan Moral Charities wujud hari ini. Objektif kita adalah untuk berkhidmat kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan. Moto kita adalah untuk melayani anda dengan lebih baik," jelas Encik Lee lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >