Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program gaya hidup sihat untuk penduduk Tampines

Nov 28, 2021 | 05:30 AM



MERASAKAN dirinya mampu meraih faedah menerusi penyertaan dalam program perintis 'Health Up!' (Tingkatan Kesihatan), Cik Norlela Mohammad, 55 tahun, tidak teragak-agak untuk menyertainya.



Apatah lagi, program ini dapat membantunya mengamalkan gaya hidup sihat setelah tiga tahun mengalami penyakit jantung dan beberapa penyakit lain.



"Apabila saya membaca ada program ini, saya teruja untuk mendaftar kerana nak tahu dan belajar cara-cara untuk bersenam.



"Sebab sakit jantung ni, saya sering pendek nafas jadi tak beberapa pasti akan senaman yang sesuai," jelas ibu empat anak dan nenek seorang cucu.



Pada masa ini, beliau cuba menjaga kecergasan dengan melatih pernafasannya dan cuba keluar berjalan serta melakukan bersenam secara statik.



Program Health Up! ini adalah anjuran Poliklinik SingHealth (SPS) yang menggalakkan individu untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.



Program perintis itu dilancarkan semalam di Our Tampines Hub (OTH), khas untuk penduduk Tampines warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang berusia 40 tahun ke atas.



Mengulas lebih lanjut akan perasaannya mengenai pembabitannya dalam program ini yang menyaksikan beliau bersenam selama enam minggu, Cik Norela berkata beliau kini lebih terdorong untuk bersenam dan menjaga kesihatan.



"Kalau boleh buat kawan menerusi program ini pun lebih baik kerana boleh dorong satu sama lain," tambah beliau.



Menurut Cik Norela, beliau juga telah bantu suaminya daftar untuk program ini.



Beliau mengongsi bahawa suaminya baru sahaja menjalani rawatan di hospital - juga disebabkan sakit jantung.



"Saya juga ingin suami saya turut serta bersama saya. Mudah-mudahan ia dapat memberinya dorongan untuk mula lebih aktif menjaga kesihatannya juga terutama setelah didiagnos penyakit jantung.



"Pada masa yang sama, kami dapat bantu satu sama lain memantau pemakanan," ujar beliau.



" Mungkin juga beliau akan lebih dengar kata pakar berbanding saya," selorohnya.



Dalam program ini, setiap peserta akan dipasangkan dengan seorang koordinator kesihatan yang akan bantu meneliti dan mendorong peserta dengan nasihat kesihatan.



Salah seorang koordinator program itu, Cik Juliah Bee Abdul Latiff, berkata program ini sesuai untuk golongan yang ingin menjaga kesihatan tetapi tidak pasti akan cara-caranya.



"Yang penting, mereka dapat periksa badan dan pelajari langkah-langkah tertentu.



"Saya harap lebih ramai orang akan daftar dalam program ini kerana pendaftaran tidak memerlukan pembayaran.



"Program ini banyak manfaatnya dan saya mengalu-alukan lebih ramai penduduk Tampines untuk turut serta," nasihat beliau yang telah bekerja dengan SingHealth lebih dua tahun.




“Saya juga ingin suami saya turut serta bersama saya. Mudah-mudahan ia dapat memberinya dorongan untuk mula lebih aktif menjaga kesihatannya juga terutama setelah didiagnos penyakit jantung. Pada masa yang sama, kami dapat bantu satu sama lain memantau pemakanan. Mungkin juga beliau akan lebih dengar kata pakar berbanding saya.”
– Cik Norlela Mohammad.




SEKILAS



  • Health Up! adalah inisiatif SingHealth galak individu amal gaya hidup sihat.

  • Terbuka kepada:

    - Warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR)

    - Berusia 40 tahun ke atas

    - Penduduk Tampines

  • PROSES

Lakukan tinjauan pendaftaran

- Bantu SingHealth fahami status kesihatan dan tabiat gaya hidup peserta

- Terima pelan tindakan kesihatan yang diberi

- Pelan tersebut akan berdasarkan tahap kesihatan dan kecergasan peserta



Pergi pemeriksaan kesihatan dengan harga disubsidi bagi kesan masalah:

- obesiti

- diabetes

- tekanan darah tinggi

- kolesterol tinggi

- penyakit barah seperti barah buah dada, pangkal rahim, kolon



Sertai program kesihatan selama enam minggu

- Pelajari petua kesihatan dan kesejahteraan serta reka bentuk senaman anda sendiri



Teruskan gaya hidup yang aktif!

- Koordinator kesihatan akan hubungi anda untuk kongsi kegiatan untuk disertai bersama keluarga dan rakan di kejiranan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >