Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program perniagaan mikro AMP dibuka, tawar kursus kemahiran digital

Aug 22, 2023 | 03:35 PM



Sedang dunia mendakap era perniagaan baru dalam landskap pascapandemik, terdapat keperluan untuk memperkasakan peniaga yang berpangkalan di rumah dengan kemahiran digital penting untuk berkembang.

Ini akan ditawarkan di bawah Program Perniagaan Mikro AMP Singapura, yang kini dbuka untuk permohonan.

Memasuki tahun ke-19, program yang dibangunkan dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), menawarkan kurikulum komprehensif yang melengkapkan peserta dengan kemahiran digital yang penting.

Menjelaskan lebih lanjut, Pengurus Program dan Perkongsian di AMP Singapura, Cik Fauziah Rahman, yang mengetuai program itu berkata:

“Di AMP, kami percaya bahawa setiap individu layak mendapat peluang untuk memanfaatkan potensi pendigitalan untuk pemerkasaan ekonomi. Program Niaga Mikro AMP mempertingkatkan kemahiran digital dan menciptakan masyarakat yang saling menyokong serta bekerjasama.

“Dengan memberikan akses kepada sumber ini, kami membuka jalan bagi pertumbuhan inklusif dan inovasi” ujar beliau.

Menurut kenyataan AMP, peserta program akan berpeluang memperoleh kemahiran teknologi maklumat penting seperti strategi penciptaan kandungan media sosial dan pemasaran digital serta asas perniagaan seperti belanjawan, mencipta rancangan perniagaan dan pemasaran.

Selain itu, program itu merangkumi latihan khusus dalam sektor perniagaan makanan, termasuk modul kulinari. Peserta juga akan meraih manfaat daripada sesi perkongsian dengan alumni dan penasihat melalui program mentor dan dialog.

Program yang mengambil masa enam bulan itu bernilai antara $1,000 dengan $2,000. Walau bagaimanapun, peserta hanya perlu membayar $200 atau $300, bergantung pada pendapatan keluarga mereka.

Kata AMP lagi, program itu dapat menyokong individu daripada latar belakang yang kurang berkemampuan, untuk mencipta sumber pendapatan alternatif untuk keluarga mereka melalui usaha perniagaan.

Selepas tamat menjalani program tersebut peserta digalakkan agar menyerahkan rancangan perniagaan untuk dinilai oleh pihak AMP. Perniagaan yang menunjukkan dapat berdaya saing untuk jangka masa panjang akan diberikan Geran Kapital AMP sebanyak $1,000.

Para lulusan program juga mempunyai pilihan mengembangkan lagi kemahiran dan perniagaan mereka melalui Program Perniagaan Mikro Lanjutan, Program Perantaraan untuk Perniagaan Mikro dan Dana Pembangunan Perniagaan Mikro.

Anugerah Usahawan Berpotensi AMP yang menawarkan hadiah wang tunai $1,500 pula mengiktiraf usaha peniaga yang berjaya menjana kira-kira $1,000 dalam keuntungan bulanan selama setahun.

Pendaftaran bagi program ini dibuka sehingga 31 Ogos 2023. Ia dibuka kepada warganegara Singapura dan Penduduk Tetap yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi $4,000 atau pendapatan per kapita kurang daripada $1,000. 

Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi laman tinyurl.com/AMP-MB-23.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >