Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program tawar kegiatan pengayaan bagi kanak-kanak flat sewa dilancar

Jan 28, 2023 | 07:06 PM



SEBUAH program baru yang menyediakan kegiatan pengayaan dan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat sewa telah dilancarkan hari ini.



Dipanggil Program Peningkatan Masyarakat UOL-PPHG, ia akan menyediakan kegiatan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pembangunan kanak-kanak, seperti panjat batu dan kelas seni dan kraf.



Program itu merupakan sebuah kerjasama antara kumpulan syarikat hartanah dan hospitaliti UOL Group Limited (UOL) dan anak syarikat hotelnya, Pan Pacific Hotels Group (PPHG), dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Ia juga adalah sebahagian daripada usaha di bawah skim ComLink, sebuah inisiatif dilancarkan MSF pada 2019, yang menyediakan sokongan menyeluruh bagi keluarga mempunyai anak yang tinggal di flat sewa untuk membantu mereka mempertingkat keadaan hidup dan menjadi berdikari.



Kegiatan untuk kanak-kanak itu akan diadakan di pelbagai hartanah runcit dan hotel di bawah portfolio UOL dan PPHG, dengan kakitangan mereka akan meluangkan masa menyertai program itu bersama kanak-kanak dan keluarga mereka.



UOL akan menyumbang sekitar $150,000 dalam bentuk barangan dan perkhidmatan bagi program itu sepanjang tiga tahun mendatang dan akan terus menggalak penyewa runcit UOL untuk bekerjasama dan menyediakan kegiatan bagi kanak-kanak tersebut.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang hadir di majlis pelancaran program itu di hotel Parkroyal on Beach Road selaku tetamu terhormat semalam, berkata beliau rasa terdorong dengan komitmen UOL dan PPHG untuk menyokong keluarga dengan anak-anak yang tinggal di flat sewa.



“Dengan memanfaatkan kekuatan mereka, syarikat korporat seperti UOL dan PPHG akan dapat memberi kesan lebih besar dengan bekerja rapat bersama ComLink @ Jurong West.



“ComLink berusaha untuk menyokong keluarga melalui pendekatan lebih proaktif, mengutamakan keluarga dan terselaras, serta dipacu data,” kata beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >