Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat serantau kaji isu keselamatan penerbangan dirancang di S’pura

Mar 22, 2023 | 04:37 PM



SATU pusat serantau akan ditubuhkan di Singapura untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan penerbangan di rantau Asia-Pasifik.



Ini termasuk cara terbaik untuk merekrut dan melatih juruterbang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. 



Sebagai permulaan, pusat keselamatan penerbangan Asia-Pasifik yang baru itu akan mengumpulkan data bagi mengenal pasti risiko khusus bagi rantau ini.



Ia akan membangunkan huraian dan meninjau keupayaan yang diperlukan untuk mengekalkan kepimpinan keselamatan yang berkesan. 



Menurut Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, rancangan ini tiba tepat pada waktunya dengan pemulihan penerbangan dan ruang udara di rantau ini dijangka menjadi lebih sibuk berbanding sebelum ini.



Encik Iswaran turut mengumumkan pelancaran pusat itu pada Rabu di sidang kemuncak Asia-Pasifik bagi keselamatan penerbangan, yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands. 



“Keselamatan penerbangan mesti menjadi keutamaan kita yang teratas dan tidak boleh dipertikaikan,” kata Encik Iswaran sambil menambah bahawa ini bukan sahaja membantu untuk menjamin pemulihan semasa daripada pandemik Covid-19 tetapi juga memperkukuh prospek bagi pertumbuhan jangka masa panjang. 



“Usaha kita untuk pulih daripada wabak ini akan menjadi sia-sia jika keyakinan orang ramai terhadap keselamatan penerbangan terjejas. 



“Walaupun penerbangan telah menjadi lebih selamat sejak beberapa tahun lalu kerana inovasi dalam teknologi dan peningkatan dalam proses, kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini,” kata beliau. 



Pusat baru itu akan ditubuhkan oleh Yayasan Keselamatan Penerbangan (FSF), sebuah pertubuhan tidak mencari untung yang berpangkalan di Amerika Syarikat. 



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan menyediakan pembiayaan bagi menyokong penubuhan awal pusat itu dan kegiatan bagi lima tahun pertama. 



Encik Mitchell Fox, yang mempunyai pengalaman hampir tiga dekad di Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akan berpindah ke Singapura untuk mengetuai pusat baru itu sebagai Pengarah pertama. 



Dr Hassan Shahidi, presiden dan ketua eksekutif FSF, berkata pusat baru itu akan meninjau untuk bekerjasama dengan universiti di Singapura sebaik sahaja ia mula berfungsi. Pencarian juga sedang dijalankan untuk lokasi yang sesuai. 



Encik Iswaran menambah bahawa perlindungan untuk sektor penerbangan di rantau ini juga perlu diperkukuhkan supaya terdapat kapasiti yang lebih besar untuk mengendalikan gangguan. 



Sistem keselamatan perlu kerap diuji tekanannya, dan proses serta prosedur perlu dikemas kini secara proaktif untuk mengesan dan mengurangkan risiko yang muncul dengan cepat, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >