SILA dapatkan rehat yang mencukupi dan jaga kesihatan anda. Harap anda akan cepat sembuh!
Itulah peringatan serta ucap selamat yang diterima Perdana Menteri Lee Hsien Loong daripada rakyat Singapura yang membanjiri laman Facebooknya selepas beliau jatuh sakit sekitar 9.20 malam ketika menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan dalam bahasa Inggeris malam kelmarin.