Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakyat S’pura luar biasa, tonjol sikap Rahmatan Lil Alamin

Nov 11, 2023 | 06:34 PM



Tidak boleh dinafikan bahawa rakyat Singapura sememangnya adalah sebuah masyarakat yang luar biasa dan sering menonjolkan sikap Rahmatan Lil Alamin (rahmat bagi seluruh alam), kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Encik Faizal Othman, pada Jumaat.


Bercakap dengan Berita Harian (BH) dalam satu wawancara di Kahirah, Mesir, sempena penyerahan dana RLAF kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Encik Faizal berkata sikap rakyat Singapura ini adalah sesuatu yang amat kagum yang boleh dicontohi ramai.


“Dalam pengalaman saya mengendalikan usaha ini, usaha untuk mengumpul dana di Gaza, saya benar-benar melihat bahawa orang-orang Islam di Singapura ini mempunyai etos Rahmatan Lil Alamin.


“Rakyat Singapura saya kira mereka ini luar biasa, dari segi mahu membantu mereka yang memerlukan. Kita juga melihat bahawa masjid-masjid juga mengambil peranan untuk menyediakan tabung supaya para jemaah dapat menyalurkan sumbangan mereka,” kata Encik Faizal.

Selain derma yang disumbang oleh masyarakat Islam Singapura, golongan yang beragama dan berbangsa lain juga turut menderma umpamanya CEO Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee, yang menderma lebih $200,000.

“Bukan sahaja masjid, gereja-gereja di Singapura juga memberikan sumbangan mereka seperti Caritas Humanitarian Aid and Relief Initiative Singapore (Charis), yang merupakan pertubuhan Roman Katolik,” kata Encik Faizal.

Encik Faizal turut berkongsi detik paling manis yang beliau alami semasa kempen kutipan derma ini, yang bukan sahaja mendapat sokongan badan-badan besar, malah golongan warga emas juga.

“Suatu ketika itu, kami menerima sumbangan daripada seorang makcik tua yang datang ke pejabat kami untuk menderma $68, tetapi semuanya duit syiling. Saya sangat terharu melihat sifat kedermawanannya dan juga keikhlasan yang ditunjukkan oleh mereka yang menderma,” kata Encik Faizal.

Beliau juga berkata rakyat Singapura turut terjejas dengan apa yang sedang berlaku di Gaza. Namun, beliau kagum dengan sikap rakyat Singapura, khususnya masyarakat Melayu/Islam, yang menyalurkan emosi dan kemarahan mereka terhadap melakukan sesuatu yang positif bagi rakyat Palestin.

“Saya lihat keadaan di Palestin dan juga Israel, dan juga sumbangan yang kita berikan dalam dana ini dan satu perkataan berlegar di dalam benak fikiran saya, dan perkataan itu ialah ‘hubungan’. Saya kira hubungan antara kita dengan orang lain itu satu perkara yang sangat mustahak.

“Kalau hubungan kita baik dengan orang ramai, kehidupan kita itu mungkin aman dan sentosa. Dan kita lihat di Singapura, kita dapat mengumpul dana ini dan kaum daripada golongan-golongan Islam, bukan Islam seperti kaum Kristian dan sebagainya, mereka memberikan sumbangan kerana kita mempunyai hubungan yang baik dengan mereka,” kata Encik Faizal.

Semasa menyelenggarakan usaha kemanusiaan ini, beliau berharap rakyat Singapura akan sentiasa ingat bahawa keamanan dan keselamatan di Singapura tidak datang begitu sahaja. Ia adalah berkat dan usaha setiap generasi, agama dan kaum untuk hidup aman dan damai, katanya.

“Satu sifat rakyat Singapura dan khususnya juga orang Islam di Singapura dan juga orang lain, kami sangat menitik berat hubungan baik antara kaum, hubungan baik antara kita dengan orang ramai. Ini satu perkara yang bukan dikecapi oleh banyak negara-negara yang lain. Dan Singapura saya kira boleh menjadi contoh dalam perkara ini,” kata Encik Faizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >