Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian MSFCare hubungkan relawan, rakan kongsi di bawah satu wadah

Ia akan selaras latihan, mudahkan orang ramai teroka peluang jadi sukarelawan
Jan 25, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 3,000 sukarelawan dan rakan kongsi MSF kini dapat dihubungkan di bawah satu rangkaian baru yang bakal menyelaraskan latihan dan pengiktirafan serta memudahkan orang ramai meneroka peluang untuk menjadi sukarelawan.



Dilancarkan semalam, Rangkaian MSFCare bertujuan untuk menyediakan platform bersama merentasi hampir 80 peluang sukarelawan.



Dengan adanya laman web yang baru, rangkaian tersebut juga dapat memadankan sukarelawan berpotensi bersama bidang yang mereka berminat.



Berucap di majlis Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi MSF (MVPA) yang diadakan dalam talian semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata rangkaian itu akan dapat menghubungkan sukarelawan individu serta rakan kongsi bersama untuk memupuk masyarakat berfikiran sama yang lebih luas.



Encik Masagos berkata, ramai sukarelawan kadangkala tidak dapat melihat bagaimana usaha individu dapat melakukan perbezaan kolektif.



"Melalui perbualan di kalangan sukarelawan, rakan kongsi dan pegawai MSF, Rangkaian ini boleh memberi inspirasi yang segar dan idea serta huraian menarik yang akan memberi kesan kepada kehidupan individu dan keluarga.



"Kami menjemput semua orang - individu, kumpulan dan organisasi - untuk berganding bahu dengan kami dalam usaha kolektif ini untuk membina masyarakat yang lebih penyayang dan membantu mereka yang memerlukan," kata Encik Masagos, yang juga merupakan Menteri Kedua Kesihatan.



Menggariskan kepentingan keluarga dalam masyarakat, Encik Masagos berkata rangkaian itu akan dapat merangkul visi bersama sukarelawan serta rakan kongsi MSF untuk membina keluarga yang kuat dan berdaya tahan di Singapura bersama-sama.



"Kami mahu membina kekuatan kolektif kami dan memanfaatkan sinergi.



"Untuk melakukan demikian, kami memerlukan semua sokongan anda (sukarelawan dan rakan kongsi) untuk berganding bahu dengan kami dalam perjalanan yang bermakna ini.



"Kerana keluarga yang kuat dapat membina asas masyarakat yang berdaya tahan," kata Encik Masagos.



Untuk menggalakkan tabiat sukarelawan yang lebih besar dengan MSF dan rakan kongsinya, MSF juga telah melancarkan portal yang baru, iaitu Portal Rangkaian MSFCare, untuk memudahkan orang ramai terokai peluang sukarelawan yang sepadan dengan sebab dan bidang minat pilihan mereka.



Semasa acara tersebut semalam, 398 sukarelawan dan rakan kongsi juga telah diiktiraf atas sumbangan mereka kepada masyarakat.



Menurut MSF, ini merupakan jumlah penerima yang tertinggi sejak ia dianjurkan pada 2009 untuk mengiktiraf sukarelawan dan rakan kongsi atas belas kasihan, sumbangan mereka bekerja bersama MSF untuk memupuk dan membina individu berdaya tahan, keluarga yang kuat dan masyarakat penyayang.



Antara penerima anugerah ini adalah individu yang menyahut seruan MSF untuk sukarelawan yang menawarkan pertolongan cemas psikologi dan sokongan emosi melalui Talian Nasional CARE, yang telah disediakan semasa COVID-19.



Penerima anugerah juga termasuk pertubuhan yang menyediakan pekerjaan dan menyokong pemulihan bekas pesalah, dan ibu bapa titipan yang membuka rumah mereka untuk menyokong kanak-kanak yang rentan dalam masyarakat kita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >