Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rejim pelesenan keselamatan makanan baru bagi perniagaan makanan bakal mula 2023: SFA

Oct 25, 2021 | 04:12 PM



SATU rejim pelesenan baru bagi unit perniagaan makanan akan diperkenalkan mulai 2023 bagi menyediakan jaminan lebih baik mengenai keselamatan makanan buat pelanggan, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin (25 Oktober).



Selain rekod baik perniagaan makanan berkenaan seperti tiadanya kegenjotan masalah keselamatan makanan yang ketara dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan, rangka kerja berbilang tahun ini juga mengambil kira jika bisnes makan ini, antara lain, mendapatkan khidmat pegawai kebersihan makanan.



Dianggarkan sekitar 23,000 perniagaan makanan akan dilibatkan di bawah rangka kerja Jaminan Keselamatan Bagi Perniagaan Makanan (Safe) mulai 1 Januari 2023, merentasi kedai makan runcit dan bukan runcit, jelas SFA lagi dalam kenyataannya.



Perniagaan makanan ini termasuk katerer, restoran, perusahaan reroti dan pengeluar makanan. Mereka buat masa ini diberi gred A, B, C atau D, berdasarkan penilaian tahunan kelakonan keselamatan makanan premis masing-masing.



Dengan rangka kerja baru ini, sistem gred lama akan digantikan dengan anugerah gangsa, perak dan emas.



Anugerah ini disejajarkan dengan tempoh pelesenan tiga, lima atau 10 tahun. Lebih tinggi tingkat anugerah, lebih lama tempoh lesennya.



Timbalan Ketua Eksekutif SFA, Dr Tan Lee Kim, berkata rangka kerja baru itu mengambil kira kelakonan berterusan, berbanding audit proses memberi gred tahunan yang menyediakan sekilas gambaran keselamatan makanan dan piawaian kebersihan sesuatu unit perniagaan makanan.



"Ini adalah gambaran lebih baik mengenai usaha konsisten sesebuah perniagaan makanan dalam jaminan keselamatan makanan dan membolehkan pelanggan membuat pilihan lebih baik berdasarkan maklumat yang diberi," jelas Dr Tan, yang juga ketua pengarah pentadbiran makanan.



SFA mengumumkan hasrat mengubah suai rejim pelesenan makanan tahun lalu.



Kriteria bagi mendapatkan anugerah juga berubah-ubah dengan kategori di mana perniagaan makanan itu berada.



Mereka yang mempunyai amalan mengendalikan makanan dengan risiko keselamatan makanan lebih tinggi diletakkan dalam kategori A, manakala mereka yang mempunyai amalan sederhana dengan risiko lebih rendah diletakkan dalam kategori B.



Sebagai contoh, perniagaan dalam kategori A seperti katerer, restoran dan pengeluar makanan perlulah tergolong dalam perniagaan yang berlanjutan selama dua tahun tanpa kegenjotan ketara sebelum dianugerahkan anugerah gangsa. Mereka juga perlu mendapatkan khidmat pegawai kebersihan makanan.



Perniagaan makanan baru atau yang baru beroperasi kurang dua tahun tanpa kegenjotan utama dalam kategori A akan dianugerahkan dengan lesen setahun dan tidak akan diletakkan dalam tingkat anugerah. Mereka juga perlu melantik pegawai kebersihan makanan.



Perniagaan makanan dalam kategori C adalah yang melibatkan pengendalian makanan minimal dan mempunyai risiko keselamatan makanan yang kecil sahaja, tidak akan diberi sebarang anugerah tetapi diberi lesen.



Sebagai contoh, bagi mendapatkan lesen lima tahun, perniagaan ini seperti operator kedai makanan 'foodcourt' dan pasar raya perlu mempunyai rekod bersih selama tiga tahun.



Bagi menyokong rangka kerja ini, SFA berkata ia juga melaksanakan rangka kerja latihan terdiri daripada empat peringkat yang dikenali sebagai Kursus Keselamatan Makanan (FSC).



Kedai makanan akan diberi masa secukupnya bagi melaksanakan ketetapan yang diperlukan seperti menghadiri kursus jika diperlukan, bagi mendapatkan tingkat anugerah yang diinginkan apabila rangka kerja ini berkuat kuasa pada 2023.



Mereka akan diberitahu tahun depan mengenai tingkat anugerah mereka berdasarkan rekod jaminan keselamatan makanan mereka, jelas SFA.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >