Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja dituduh lakukan ugutan jenayah, didakwa acu pisau ke arah mangsa

Jun 10, 2023 | 04:50 PM



Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah didakwa di mahkamah hari ini (10 Jun) atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang mangsa dengan mengacukan pisau ke arahnya.

Menurut dokumen di mahkamah daerah itu, tertuduh yang tidak boleh dinamakan kerana usianya, berhasrat menyebabkan mangsa berasa cemas dalam satu kejadian yang berlaku di kawasan Blok 427 Ang Mo Kio Avenue 3 sekitar 10.30 malam pada Jumaat.

Dalam satu video yang dipos pada Instagram Singapore Incidents, beberapa anggota polis kelihatan bersemuka dengan seorang individu di tengah sebuah jalan raya yang sibuk, sehingga menjejas pergerakan lalu lintas.

Individu itu kemudian mula berlari ke arah bertentangan trafik, dengan polis giat mengejarnya.

Mahkamah mengarahkan remaja itu ditahan di Pusat Perubatan Kompleks di Penjara Changi untuk pemeriksaan perubatan selama sehari.

Kes itu dijangka didengar lagi pada 23 Jun ini.

Mereka yang disabitkan dengan ugutan jenayah mungkin boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >