SATU Kod Tatalaku Bagi Pemajakan Premis Runcit di Singapura (CoC) telah dikuatkuasa pada 1 Jun tahun lalu, dengan tujuan menyediakan garis panduan, untuk memudahkan rundingan yang adil antara pemilik dengan penyewa premis runcit.
Seperti yang sedia ada, garis panduan CoC adalah secara sukarela; iaitu pemilik/penyewa boleh memilih sama ada untuk melaksanakannya atau tidak.