Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEHIDUPAN SOSIOAGAMA

Respons masyarakat tangani isu 377A papar daya tahan, perpaduan

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



RESPONS masyarakat Melayu/Islam terhadap pemansuhan Seksyen 377A yang diumumkan pemerintah memaparkan daya tahan, perpaduan serta kesungguhan dalam mengatasi sebarang cabaran baru yang muncul, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ia juga menunjukkan keberkesanan kepimpinan - agama dan masyarakat - yang sedar akan cara terbaik menyatukan anggota masyarakat dan memastikan isu tersebut terus dihadapi dengan tenang dan yakin, tambahnya.



Keyakinan terhadap kepimpinan agama juga jelas kelihatan apabila berdepan dengan beberapa isu lain berkaitan pandemik tahun lalu, kata Encik Masagos, termasuk langkah menutup masjid-masjid, menghentikan solat Jumaat di masjid dan sekatan ibadah Haji.



"Keyakinan yang dipaparkan oleh pemimpin agama yang dilengkapkan dengan sokongan dan perpaduan daripada pemimpin lain, termasuk pemimpin masyarakat dan politik, dalam menghadapi dan menyelesaikan cabaran yang timbul, memastikan masyarakat Melayu/Islam kekal bersatu dan bersedia menghadapi sebarang cabaran yang bakal dihadapi negara atau masyarakat," katanya.



Menyentuh khususnya tentang respons terhadap isu Seksyen 377A, Encik Masagos berkata ia memaparkan kesungguhan masyarakat berdepan dengan cabaran dan mengatasinya tanpa berselindung, dan berbangga dengan apa yang tercapai.



Kepimpinan agama yang baik, sepertimana yang dilihat dalam irsyad yang dikeluarkan Mufti, memainkan peranan penting dalam membentuk respons tersebut, tambahnya.



Irsyad tersebut menekankan: "Perubahan pada undang-undang negara tidak bermakna cara kehidupan dan pegangan kita akan turut berubah. Ajaran dan nilai-nilai agama tetap kekal sama. Masyarakat Islam perlu hidup dengan yakin, dipandu oleh prinsip-prinsip dan sistem nilai yang utuh."



Model minoriti Muslim yang dibimbing pemimpin agama yang berpegang teguh kepada perundangan Islam namun memahami bagaimana ia perlu disesuaikan dalam konteks masyarakat Singapura juga turut diketengahkan dalam Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) yang diadakan tahun lalu.



Ia bertujuan memaparkan pendekatan Muslim Singapura yang diharap menjadi contoh kepada minoriti Muslim negara lain yang dapat melihat bagaimana masyarakat Melayu/Islam Singapura terus menyumbang sebagai warga negara dan juga sebagai Muslim.



Katanya: "Kami mempunyai model masyarakat gemilang di mana minoriti Muslim hidup dalam masyarakat sekular yang terbuka dan progresif.



"ICCOS menonjolkan bagaimana kelainan, keupayaan dan kewarganegaraan merupakan elemen penting dan teras bagaimana masyarakat seperti kita - yang hidup dalam persekitaran saling sokong menyokong dan dalam negara yang mempunyai undang-undang - dapat maju bersama dan turut sama menyumbang."



ICCOS yang diadakan selama dua hari pada September tahun lalu di Pusat Konvensyen Raffles City bertujuan memulakan perbincangan dan perkongsian bagaimana masyarakat Islam dapat berjaya di dalam pelbagai konteks, terutama konteks masyarakat, negara dan dunia majmuk yang penuh kepelbagaian dan kerencaman. - SITI AISYAH NORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >