Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF lancar usaha kumpul dana bagi mangsa gempa Maghribi

Sep 13, 2023 | 06:15 PM



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan mengadakan pengumpulan dana mulai Khamis hingga 27 September demi membantu masyarakat yang terjejas bencana gempa bumi di Maghribi.

Pengumpulan dana itu yang dianjurkan bersama Palang Merah Singapura bermatlamat membantu masyarakat tersebut dalam memenuhi permintaan mendesak pasca bencana itu.

Ini termasuk, usaha pemindahan warga, bantuan keselamatan, pengangkutan mangsa tercedera untuk mendapat rawatan di hospital, sokongan psikologi serta bantuan dari segi barang keperluan, sanitasi air dan kesihatan.

Orang ramai boleh menderma menerusi kaedah digital laman giving.sg, PayNow, pemindahan wang menerusi bank, atau mengirim cek kepada RLAF atau Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Semua masjid tempatan juga akan terlibat dalam pengumpulan derma ini dengan menyediakan tabung khusus ‘Morroco Earthquake Appeal’ mulai 3 petang Jumaat ini hingga 22 September.

Semua dana dikumpul akan disalurkan kepada Palang Merah Singapura yang bekerjasama dengan rakan Sabit Merah dan Palang Merah termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Maghribi (MRCS) dan Persekutuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah (IERC) untuk menghantar bantuan kepada masyarakat terjejas, kata RLAF.

Yayasan itu dalam kenyataannya pada Rabu berkata: “Kami sangat bersimpati terhadap mangsa kecemasan kemanusiaan ini dan keluarga mereka.”

Pada Jumaat lalu, selepas pukul 11 malam, rantau Marrakesh-Safi, Maghribi ditimpa gempa magnitud 6.8 pada skala Richter.

Ini merupakan gempa terbesar dalam tempoh seabad dan paling besar direkod dalam sejarah moden negara Afrika Utara itu.

Bencana tersebut telah membunuh lebih 2,800 orang dan menyebabkan lebih 2,500 orang tercedera – membuatnya gempa paling bahaya sejak 1960 – kata RLAF, merujuk kepada bilangan terkini.

“Perangkaan ini dijangka bertambah. Dengan kebanyakan kawasan terjejas gempa itu terletak di kawasan terpencil, pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang ramalan terhadap bilangan orang yang hilang,” kata RLAF lagi.

Butiran untuk menderma adalah seperti berikut.

– PayNow ke RLAF menerusi nombor UEN: 200910530ZRLA

– Laman giving.sg/rlafoundationsg/MoroccoEarthquake2023

– Pemindahan bank ke akaun OCBC Current: 601313315001

– Hantar cek kepada RLAF dengan menulis nama penderma, nombor kontak serta “Morocco Earthquake 2023” ke alamat RLAF, Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740 atau Muis, No. 273 Braddell Road, Singapore 579702

RLAF berkata sejajar peraturan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras), derma tersebut tidak akan menawarkan pampasan cukai kerana ia adalah bagi “tujuan amal luar negara”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >