Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rosak MRT Utara-Selatan waktu sibuk pagi dihurai lepas 5 jam

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



SATU kerosakan landasan di Laluan Utara-Selatan (NSL) yang menyebabkan kelewatan hingga 25 minit pada waktu sibuk pagi semalam telah dihurai lebih lima jam selepas ia dikesan.



Ini adalah gangguan kedua pada laluan itu pada waktu sibuk pagi dalam tiga hari.



Pada Isnin lalu, NSL mengalami kerosakan landasan juga.



Satu kerosakan landasan - gangguan yang menjejas suis yang membolehkan kereta api menukar landasan - berlaku antara stesen MRT Sembawang dan Admiralty pada 6.45 pagi semalam, kata pengendali pengangkutan SMRT di Facebook.



Dalam catatan Facebook itu, SMRT berkata kerja membaiki kerosakan itu memerlukan kakitangannya turun ke landasan dan memeriksa mesin rosak itu, yang digunakan untuk mengawal pergerakan kereta api di persimpangan landasan apabila kereta api bergerak dari satu landasan ke landasan lain.



"Demi keselamatan, sebaik sahaja kerosakan dikesan, kereta api bergerak pada kelajuan perlahan lima kilometer sejam, menyebabkan penumpang dinasihatkan menambah 25 minit (masa perjalanan) kereta api," katanya.



Insiden semalam tidak ada kaitan dengan insiden kerosakan laluan NSL pada Isnin, tambah pengendali itu.



Memberi perkembangan terkini di Twitter pada kira-kira 12.40 tengah hari semalam, SMRT berkata kakitangannya telah menyelesaikan masalah itu. Khidmat kereta api biasa disambung tidak lama kemudian.



SMRT mula-mula mengumumkan penangguhan itu dalam satu ciapan Twitter pada 6.58 pagi, apabila ia memberitahu penumpang supaya menambah 10 minit kepada masa perjalanan mereka antara Yishun dan Woodlands, sambil menambah bahawa perkhidmatan bas percuma disediakan antara stesen itu.



Kelewatan itu dilanjutkan kepada 20 minit pada 7.52 pagi dan meningkat kepada 25 minit pada 8.59 pagi.



Sekitar 8 pagi, SMRT berkata di Facebook bahawa juruteranya berada di tapak untuk memulihkan perkhidmatan, manakala kereta api bergerak pada kelajuan lebih rendah antara stesen Woodlands dan Yishun di kedua-dua arah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >