Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Safra Choa Chu Kang 'mesra alam' hampir siap

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



KERJA pembinaan bagi kelab ketujuh Safra di Taman Choa Chu Kang hampir siap dan ia dijangka dibuka sekitar Mei ini.



Pembinaan kelab setinggi lima tingkat itu adalah sebahagian usaha berterusan pemerintah untuk mengiktiraf NSmen (Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara) atas sumbangan mereka terhadap Pertahanan Negara.



Selain menawarkan kemudahan khusus untuk kegiatan kecergasan dan riadah seperti kolam renang, gelanggang futsal dan pusat boling, Safra Choa Chu Kang mempunyai pelbagai ciri mesra alam.



Ini termasuk pemasangan lebih 660 panel solar di bumbungnya dan ia merupakan kelab Safra pertama yang mengumpul air hujan untuk pengairan.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) yang juga Presiden Safra, Encik Zaqy Mohamad, berkata lebih 90,000 NSmen yang tinggal di sekitar kawasan Choa Chu Kang, Yew Tee dan Limbang dijangka dapat memanfaatkan kemudahan baru itu.



Beliau disertai oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Choa Chu Kang.



Mereka berdua menanam sebuah pokok Libidibia ferrea atau pokok Leopard sebagai lambang pembinaan kelab itu yang hampir siap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >