Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saingan politik di S'pura dijangka lebih sengit: DPM Wong

Beri jaminan kepimpinan politik akan sentiasa didorong komitmen 'lakukan yang betul' untuk negara dan warga
Nov 02, 2022 | 07:31 AM



PERSAINGAN politik di Singapura akan kekal dan berkemungkinan menjadi lebih sengit, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam ucapannya di Majlis Tahunan Kepimpinan Perkhidmatan Awam semalam.



Justeru dalam mempertimbangkan dasar, pimpinan politik perlu memikirkan sejauh mana langkah perlu diambil dan perubahan apa yang perlu dibuat dengan mengambil kira pertimbangan yang lebih luas.



Tetapi, beliau memberi jaminan bahawa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan politik akan sentiasa didorong oleh komitmen penuh untuk melakukan perkara yang betul untuk Singapura dan warga Singapura.



Dalam melakukan demikian, objektiviti dan keputusan profesional pegawai dalam perkhidmatan awam amat dihargai.



"Oleh itu, jangan cuba menjangka menteri atau mencadangkan apa yang anda fikir kami akan dapati sesuai daripada segi politik. Sebaliknya teruskan berterus terang dalam mengongsi penilaian dan pandangan anda, berdasarkan pertimbangan profesional terbaik anda.



"Keputusan yang diambil mungkin tidak selalu sesuai dengan saranan anda. Tetapi ketahuilah bahawa maklum balas profesional anda sangat penting dan merupakan bahagian penting dalam proses membuat keputusan kami," kata Encik Wong di acara yang menyatukan masyarakat kepimpinan perkhidmatan awam itu.



Beliau berkata untuk Singapura terus berkembang maju dalam sekitaran domestik dan luar yang mencabar, ia memerlukan pemerintah yang berkesan yang boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan bertindak balas terhadap cabaran baru apabila ia timbul, sambil ia merancang, membangun dan melabur untuk jangka panjang.



Pemerintah berusaha gigih untuk mencapainya, dan hubungan kerja yang erat antara kepimpinan politik dan perkhidmatan awam adalah kunci untuk mengekalkan prestasi yang baik, kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.



"Kita semua sedar bahawa dasar tidak berlaku dengan sendirinya. Persaingan politik di Singapura akan kekal, dan berkemungkinan akan menjadi lebih sengit dari semasa ke semasa.



"Kepimpinan politik akan perlu menguruskan politik. Kami tidak mengambil hak untuk memimpin. Hanya kerana PAP (Parti Tindakan Rakyat) telah mentadbir Singapura sejak merdeka tidak bermakna ia akan sentiasa dapat berbuat demikian," tambahnya.



PAP perlu bekerja keras untuk menambat keyakinan dan kepercayaan warga, mendapatkan mandat untuk mentadbir dan membuktikan bahawa ia boleh mentadbir dengan baik, kata Encik Wong.



"Jadi apabila kami mempertimbangkan dasar, kami perlu membuat pertimbangan sebagai pemimpin politik tentang sejauh mana untuk melangkah, apa perubahan yang perlu dibuat, dengan mengambil kira pertimbangan yang lebih luas ini.



"Tetapi saya memberi jaminan kepada anda bahawa keputusan oleh kepimpinan politik akan sentiasa didorong oleh komitmen penuh untuk melakukan apa yang betul untuk Singapura dan warga Singapura. Kami tidak akan berkompromi dengan prinsip dan nilai utama kami. Kami tidak akan membenarkan politik populis, politik kaum atau politik wang bertapak di Singapura," tambahnya.



Dalam ucapannya, Encik Wong juga menyebut tentang tiga bahagian perubahan dan transformasi untuk perkhidmatan awam pertimbangkan.



Beliau berkata pemimpin perkhidmatan awam perlu menajamkan naluri geopolitik mereka kerana dalam dunia dengan persaingan geopolitik yang lebih hebat, mereka perlu peka terhadap realiti baru dalam aturan dunia yang berubah.



Encik Wong juga berkata perkhidmatan awam mesti terus meluaskan kecekapan dalam kalangan pemimpinnya bagi membolehkan perkhidmatan itu menjadi lebih berdaya tahan dan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan yang mendatang.



Akhir sekali, beliau berkata perkhidmatan awam perlu terus memperdalam pendampingannya dengan orang awam.



Sedang masyarakat semakin matang, warga Singapura telah menjadi lebih pelbagai dalam aspirasi dan pandangan mereka. Ramai warga Singapura mahu mempunyai peluang bersuara yang lebih besar tentang bagaimana dasar yang menjejas mereka digubal.



"Untuk kekal bersatu dan kukuh sebagai sebuah negara, kita perlu melakukan lebih banyak lagi untuk... mencari titik persamaan di tengah-tengah kepelbagaian dalam cara terbaik ke hadapan untuk Singapura," kata Encik Wong.




"Tetapi saya memberi jaminan kepada anda bahawa keputusan oleh kepimpinan politik akan sentiasa didorong oleh komitmen penuh untuk melakukan apa yang betul untuk Singapura dan warga Singapura. Kami tidak akan berkompromi dengan prinsip dan nilai utama kami. Kami tidak akan membenarkan politik populis, politik kaum atau politik wang bertapak di Singapura."
- Encik Lawrence Wong.




Laporan lanjut : Kepimpinan khidmat awam perlu lebih berkesan demi berkhidmat lebih baik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >