Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

Sarjan Master wanita SAF gembira sertai kereta berhias Pertahanan Mutlak

Jun 18, 2023 | 07:56 PM



MENYERTAI Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) merupakan impian ramai orang, termasuk Sarjan Master (MSG) Nurizliana Mohd Rizal.

Daripada menyertai perarakan hingga berkhidmat di belakang tabir, ramai melahirkan perasaan gembira apabila dipilih menjadi peserta acara besar itu.

Justeru bagi MSG Nurizliana, peluang menjadi peserta NDP buat kali pertama tahun ini adalah satu penghormatan.

Beliau akan berada di atas kereta berhias utama bagi pasukan tentera dalam segmen Perbarisan Pertahanan Mutlak baru di perbarisan tersebut.

Enam kereta berhias istimewa yang mewakili enam tunggak Pertahanan Mutlak akan menjadi salah satu tumpuan baru dalam NDP tahun ini.

MSG Nurizliana berkata beliau berasa rendah hati diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada NDP dengan cara yang besar.

“Pada awalnya, saya berfikir saya hanya terlibat dalam perkara yang berskala kecil seperti berarak dalam kontingen ataupun bertugas di sebalik tabir dan memberi sokongan kepada yang lain.

“Tetapi apabila diberitahu bahawa saya akan menaiki kereta berhias, saya rasa gementar sebenarnya,” katanya sambil ketawa.

Namun, itu tidak menghalang beliau menyahut cabaran tersebut.

“Saya tahu peluang ini bukan diberikan kepada sesiapa sahaja, jadi saya berasa berbesar hati diberikan tugas yang menarik untuk berdiri di atas kereta berhias dan mewakili rakan-rakan sekerja saya,” ujar beliau, 29 tahun.

Menurut MSG Nurizliana, beliau menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sembilan tahun lalu setelah tamat pengajiannya di Politeknik Temasek.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai Waran Operasi Bekalan di Hab Bekalan Barat dan memastikan unitnya menjalani latihan yang diperlukan untuk menjadi pasukan tentera yang berwibawa.

Mengulas tentang persiapan untuk pertunjukkan itu, MSG Nurizliana berkata mereka baru sahaja dilibatkan dalam latihan minggu lalu.

“Sehingga kini kami masih belum lihat lagi berapa besar atau bagaimana keadaan kereta berhias itu.

“Tetapi kami sudah turun ke padang untuk belajar laluan yang kami akan ambil ketika pertunjukan itu,” katanya.

Menurutnya, beliau akan bersama beberapa pegawai lain daripada SAF di atas kereta berhias itu ketika segmen tersaebut.

Melahirkan perasaan bangga menjadi sebahagian daripada wanita yang mewakili pasukan berseragam, anak sulung daripada dua adik-beradik itu berkata beliau berharap dapat mencetuskan inspirasi baru kepada wanita muda lain untuk menyertai SAF.

“Saya rasa ada lebih ramai wanita yang kini mahu menyertai tentera kerana mereka lebih berani dan mempunyai sikap ingin mencuba.

“Dengan penampilan saya di kereta berhias itu, saya berharap mereka dapat berasa lebih yakin untuk memulakan perjalanan tersebut,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >