Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu lagi stesen ditambah bagi TEL di Peringatan Pengasas di Marina Bay

Jan 07, 2019 | 07:40 PM



LALUAN MRT Thomson-East Coast (TEL) akan mempunyai satu lagi stesen antara Tanjong Rhu dengan stesen Gardens by the Bay, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Stesen Peringatan Pengasas itu terletak sebelah tapak peringatan seluas lima hektar yang sedang dibina untuk memperingati sumbangan pengasas Singapura moden.



Kedua-dua stesen MRT dan tapak peringatan itu dijadual dibuka pada 2025.



Peruntukan kejuruteraan bagi membina stesen MRT di situ telah disediakan namun stesen itu tidak diumumkan sebelum ini kerana rancangan bagi membina tapak peringatan tersebut hanya disahkan pada 2017.



Bahagian pertama TEL – yang merangkumi tiga stesen dari Woodlands South ke Woodlands North – akan mula beroperasi tahun ini.



Bahagian keduanya – dari Caldecott ke Springleaf – pula akan dibuka tahun depan.



Bahagian ketiga TEL – dari Gardens by the Bay ke Mount Pleasant – akan dibuka menjelang 2021 manakala bahagian dari Tanjong Rhu ke Bayshore pula akan dibuka menjelang 2023.



Bahagian terakhir TEL – dari Bedok South ke Sungei Bedok – dijangka siap menjelang 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >