SEKITAR 500 warga akan digajikan dan dilatih di bawah satu program kerjasama di antara Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Sea Limited (Sea), yang mengendalikan wadah dalam talian popular, Shopee.
Apabila dilaksanakan nanti, ia merupakan program latihan terbesar diterajui oleh syarikat setempat di bawah program TechSkills Accelerator (TeSA).