Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebahagian TPE terjejas tanah runtuh dibuka semula

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN daripada jalan susur Ekspreswe Tampines (TPE) yang terjejas dengan tanah runtuh akibat hujan lebat pada hujung minggu kini dibuka semula.



Kerja-kerja pembaikan telah selesai dan sebuah lorong telah dibuka kembali untuk kenderaan sementara lorong yang paling dekat dengan bahagian tanah terjejas masih ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu catatan di Facebook semalam.



Tanah runtuh berlaku Sabtu lalu di sebelah jalan susur TPE menuju ke Loyang Avenue menyebabkan tujuh pagar longkang tumbang.



Video merakam tanah mengisi jalan susur itu tersebar di media sosial.



Pemandu yang menuju ke Loyang, Pasir Ris atau Tampines boleh mengambil jalan keluar alternatif di Pasir Ris Drive 12, Pasir Ris Drive 8 atau Tampines Avenue 12 atau Upper Changi Road North, jelas LTA.



LTA berkata kelmarin bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa kestabilan jalan susur itu tidak terjejas.



Hujan berpanjangan awal tahun ini telah menyebabkan tanah runtuh dan banjir di banyak tempat, dengan kawasan di Havelock, Fort Canning dan Loyang ditutup ketika kerja-kerja pembaikan bermula.



Pokok setinggi 22 meter di lereng Bukit Fort Canning tumbang setelah ribut melanda, merosakkan sebahagian bumbung tangga bergerak yang menghubungkan stesen MRT Fort Canning ke puncak bukit.



Jalan berlumpur juga terlihat di kaki lereng yang menghubungkan Sekolah Menengah Outram dengan Hotel Furama Riverfront.



LTA berkata dalam satu kenyataan sebelum ini berkata berdasarkan penilaian jurutera terhadap tanah di situ, cerunnya dalam keadaan mantap.



Cerun itu telah ditutup dengan lembaran kanvas sebelum kerja-kerja pembaikan dilakukan.



Runtuhan di kaki lereng juga telah dibersihkan.



Tanah runtuh kecil juga dilaporkan berlaku di Pulau Kusu, Pulau Lazarus dan Pulau St John Sabtu lalu.



Cuaca diramalkan hujan berterusan dengan tempoh separuh pertama bulan ini dijangka meningkat daripada purata, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >