Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah Menengah Spectra rai ulang tahun ke-10, hasil 1,200 lulusan

Oct 30, 2023 | 03:12 PM



Lengkap dengan jaket cef berwarna hitam, pelajar Sekolah Menengah Spectra, Rasya Hanis Mohammad Nur’hidzat, tekun memberikan sentuhan terakhir kepada beberapa dulang kuih muih yang disediakan teman-temannya bagi tetamu.

Pelajar berusia 16 tahun itu, yang mengambil mata pelajaran Kulinari dan Operasi Restoran di sekolah itu, bukan sahaja pandai memasak, bahkan mahir mengendalikan peralatan dapur gred industri.

Kesemua kemahiran tersebut diraih di sekolah yang dikhususkan bagi pelajar aliran Normal Teknikal (NT) itu.

Bercakap kepada Berita Harian pada Sabtu, anak sulung keluarga tiga beradik itu menganggap dirinya lemah dalam bidang akademik.


“Sekolah ini benar-benar telah mengubah diri saya,” kata Rasya, yang baru sahaja tamat sekolah dan akan mengikuti bidang pengurusan acara di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tidak lama nanti.

Rasya ialah antara 1,200 lulusan yang dihasilkan Sekolah Menengah Spectra, di Woodlands Drive 64, yang menyambut ulang tahunnya ke-10 pada Sabtu.

Ia sekolah khas pelajar aliran NT, yang menawarkan pendekatan pembelajaran berasaskan kemahiran bagi membantu murid belajar dengan lebih baik dan merealisasikan potensi masing-masing.

Ini termasuk menawarkan lima subjek kemahiran bersifat amali di bawah Sijil Subjek Kemahiran ITE (ISSC) iaitu Rekaan Mekanikal dan Automasi; Kulinari dan Operasi Restoran; Peruncitan dan E-Niaga; Aplikasi Internet of Things (IoT) dan Aplikasi Laman Mudah Alih yang memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman pekerjaan di syarikat tertentu.

Pada 2023, sekolah itu juga telah mempertingkat program tersebut menerusi satu percubaan dipanggil ISS+ bagi membolehkan pelajar mendalami pembelajaran vokasional masing-masing.

“Spectra benar-benar contoh baik bagi membuktikan bagaimana sebuah sekolah boleh membina seluruh falsafah pembelajarannya... demi mencapai visinya untuk membolehkan setiap pelajar menghayati hidup yang memuaskan,” kata Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam ucapannya selaku tetamu terhormat sambutan ulang tahun itu pada Sabtu.

Acara itu disambut meriah diikuti pelbagai persembahan seni dan perkongsian bersama para guru, pelajar dan bekas pelajar.

Dr Maliki turut diundang melawat pelbagai kemudahan sekolah itu yang diguna bagi menyampaikan subjek ISSC, seperti bistro dan dapur serta makmal robotik dan komputer lengkap dengan kemudahan jagaan warga emas berteknologi.







Beliau juga melawat bengkel basikal dalam sekolah itu – yang diguna untuk menyampaikan program khas memasang dan memperbaiki basikal – yang dipuji Dr Mailiki kerana mencerminkan keperluan industri semasa.

“Dengan kurikulum bersifat amali serta pendekatan bagi pelajar, menuntut ilmu di tahap yang sesuai bagi mereka... pelajar boleh mengaitkan apa yang dipelajari dalam kelas kepada konteks dunia sebenar, dan menghayati pembelajaran dengan lebih baik apabila ia disampaikan secara benar dan relevan.” katanya.

“Ini semua secara keseluruhan memberi kesan yang besar dalam pengalaman pembelajaran pelajar yang menggalak semangat dan memupuk minat kepada mereka,” ujar beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >