Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selepas 2 tahun secara maya Digital Media Asia kembali anjur dua sidang secara fizikal

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



DIGITAL Media Asia (DMA) 2022 akan menampilkan dua persidangan serentak, satu menumpukan pada penjanaan hasil daripada aset digital dan satu lagi pada teknologi yang memperkasa penciptaan kandungan dan penghasilan kewangan.



Peserta boleh mendengar daripada penceramah pakar mengenai topik seperti Trends In Digital News Consumption and Monetisation Opportunities; Data Driven Newsrooms; and Evolving Subscription Strategies.



Beberapa sesi perbincangan juga akan menawarkan penjelasan mendalam tentang subjek tertentu.



Acara itu, yang kini dalam edisi ke-14, adalah acara industri media berita terbesar dan terkemuka di Asia dengan tumpuan kepada trend digital, pendapatan dan teknologi.



Dianjurkan Persatuan Penerbit Berita Sedunia (Wan-Ifra), DMA, yang diadakan secara maya sejak dua tahun lalu akibat Covid-19, akan kembali kepada acara fizikal di Novotel Singapore on Stevens pada 3 dan 4 November.



The Straits Times (ST) ialah rakan media dengan SPH Media ialah rakan strategik bagi DMA 2022.



Antara penceramah ialah ketua pengguna syarikat Russmedia, Encik Lucas Hepberger, yang akan menyentuh alat penggabungan dan penglibatan syarikat dan bagaimana mereka telah membantu meningkatkan dan mengekalkan pendaftaran.



Ketua pegawai pelanggan SPH Media, Encik Eugene Wee, dan editor mobile ST, Encik Jeremy Au Yong, juga akan berkongsi pengalaman mereka dalam menggerakkan bilik berita daripada operasi tertumpu cetakan kepada sistem pengurusan kandungan digital.



Selain itu, Anugerah Media Digital Asia juga akan diadakan pada Khamis ini semasa majlis makan malam gala di Novotel Singapore on Stevens.



Kini dalam tahun ke-12, ia adalah majlis anugerah paling berprestij buat berita digital di rantau ini.



Penaja utama bagi Anugerah Media Digital Asia 2022 ialah Panasonic Singapore.



Pengarah urusannya, Encik Philip Chua, berkata:



"Kami menyokong visi Wan-Ifra untuk menegakkan kebebasan dan standard kewartawanan.



"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada usaha penerbit berita yang menyampaikan projek media digital yang unik dan asli pada tahun-tahun sebelum ini."



Anugerah tahun ini akan menampilkan 10 kategori, termasuk yang baru seperti Podcast Terbaik.



Terdapat 145 penyertaan daripada 41 pertubuhan media di 12 negara dari rantau Asia-Pasifik.



ST dicalonkan dalam empat kategori termasuk Projek Khas Terbaik bagi Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >