Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Seni jalan warnai Kampong Glam

Pameran seni sepanjang 240 meter di Ophir Road dan Bali Lane hidupkan kembali kawasan sekitar tapak pembinaan Koridor Utara-Selatan
Apr 30, 2021 | 05:30 AM



KAWASAN Kampong Glam yang sudah berwarna-warni mempunyai tanda tempat baru - dua pameran seni hampir berukuran 240 meter sepanjang Ophir Road dan Bali Lane.



Menampilkan unsur-unsur cerita rakyat Jepun, portal masa dan merpati yang besar, “Graffiti Hall of Fame” setinggi 5 meter diciptakan secara kolektif oleh 17 seniman di Singapura dan dilancarkan secara rasmi Rabu kelmarin.



Pelbagai mural dan juga karya kolaboratif menghiasi kanvas besar ini, yang sebenarnya merupakan adangan bunyi yang dipasang di sekitar tapak pembinaan Koridor Utara- Selatan (NSC) yang dijangka siap pada tahun 2026, menurut laporan akhbar The Straits Times (ST).



“Kerja-kerja pembinaan biasanya menjejas perniagaan dan kedai-kedai.



“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menukar naratif dan mengaktifkan penghalang bunyi bising untuk menarik perhatian kepada tempat awam ini,” kata Cik Aileen Tan, setiausaha persatuan daerah One Kampong Gelam dan pemilik Blu Jaz Kafe di Bali Lane.



Mengulas mengenai seni jalanan di kota-kota besar lain, Pengerusi One Kampong Gelam, Encik Zaki Maarof berkata:



“Seni jalanan membantu menghidupkan kembali ruang seperti lorong, penghalang dan lorong belakang.



“Kampong Glam memang sentiasa bersemangat, dan Hall of Fame akan mengundang orang ramai untuk mengunjungi kawasan itu supaya ia terus dibangunkan dan menjadi sebuah kawasan yang bukan hanya tempat untuk makan.



Kerjasama terbesar projek ini berbentuk sebuah karya berukuran 107 meter di sepanjang Ophir Road.



Dibahagikan kepada lima segmen,‘ The Journey’ menggabungkan gaya dan kenangan peribadi lima artis dari Kampong Glam pada masa lalu dan kini.



Kerjasama yang begitu meluas ini membawa cabaran kepada para seniman yang mengambil bahagian untuk menyelaraskan pelbagai idea mereka ke dalam sebuah konsep yang kohesif untuk mendapatkan persetujuan oleh agensi pemerintah, termasuk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Untuk mengelakkan halangan lalu lintas pada waktu siang, para seniman juga harus menyiapkan karya mereka di dalam gelap pada waktu malam.



Pelancaran kelmarin dihadiri oleh para seniman yang terlibat, serta wakil dari STB, URA dan GS Engineering & Construction, yang sedang membina bahagian NSC yang melintasi kawasan tersebut.



Pengunjung boleh mengimbas kod QR yang ada pada mural-mural itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya dan seniman disebalik karya tersebut.



Lebih ramai artis tempatan dan antarabangsa akan dijemput untuk menambah karya mereka kepada mural yang sedia ada.



One Kampong Gelam juga berkata ia mempunyai rancangan untuk mengadakan aktiviti seperti lawatan berjalan kaki berpandu sendiri serta bengkel lukisan cat semburan yang dijalankan oleh artis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >