Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sentimen anti-S’pura ekoran konflik Israel-Hamas meningkat: Shanmugam

Beliau tekankan usah biarkan konflik jejas keharmonian kaum
Nov 27, 2023 | 08:00 PM



Konflik yang sedang berterusan antara Israel dan Hamas telah menjejas Singapura dan juga kerja yang dilakukan oleh pasukan Home Team memandangkan terdapat peningkatan dalam sentimen anti-Singapura di media sosial dari rantau ini, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam.

Sejak serangan 7 Oktober ke atas Israel oleh Hamas, laporan tentang Islamofobia dan antisemitisme juga telah meningkat di banyak negara.

“(Ada) yang melihat Singapura sebagai pro-Barat atau pro-Israel. Ada yang mengatakan Singapura adalah Tanah Melayu, dan seumpamanya, mereka mengatakan Israel berada di tanah Palestin.

“Terdapat juga gesaan dalam talian supaya Singapura disasarkan menggunakan roket dan bom. Kumpulan pengganas global seperti Al-Qaeda dan ISIS, dan penyokong mereka, juga telah menggunakan konflik semasa untuk menimbulkan semula gesaan mereka sendiri untuk menyerang,” kata Encik Shanmugam semasa berucap di majlis Anugerah Hari Kebangsaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Teater The Star pada Isnin.

Beliau menambah, rakyat Singapura boleh dan harus bersimpati dengan orang awam yang menderita; menyeru, dan berdoa untuk menamatkan keganasan; menyumbang kepada usaha kemanusiaan yang dipercayai tetapi mesti berhati-hati untuk tidak membiarkan apa yang berlaku di Timur Tengah menjejas keamanan dan keharmonian Singapura.

Memetik Kajian Pew baru-baru ini, Encik Shanmugam berkata kajian itu mendapati majoriti orang dewasa Singapura yang beragama, sangat bertolak ansur dan menerima kepercayaan lain.

“Di United Kingdom, polis London telah melaporkan lebih daripada 1,000 peratus peningkatan dalam kesalahan antisemitik, dan peningkatan 140 peratus dalam kesalahan Islamofobia.

“Kebanyakan rakyat Singapura melihat kepelbagaian agama Singapura sebagai sesuatu yang menjadikan Singapura tempat lebih baik untuk didiami. Kita perlu melindungi perkara ini,” kata Encik Shanmugam.

Semasa ucapannya, Encik Shanmugam menekankan kejadian yang sedang berlaku di seluruh dunia semakin mencabar bagi anggota dan pegawai pasukan Home Team dan terdapat juga pengajaran penting yang boleh dipelajari.

“Serangan, seperti yang berlaku kepada Israel, boleh berlaku di mana-mana, termasuk di sini, dan akan ada orang yang meniru serangan itu.

“Sebagai contoh, menerusi tinjauan 2021, 25 peratus pelajar sekolah menengah atas di Jakarta percaya pengeboman berani mati atas nama agama adalah jihad. Tinjauan 2018 pula menunjukkan 28 peratus rakyat Malaysia menerima penggunaan pengganasan untuk mencapai matlamat agama,” kata Encik Shanmugam.

Beliau menambah, pada tahun lalu sahaja, terdapat beberapa serangan dan plot yang digagalkan di rantau ini.

“Pada Disember tahun lalu, Jemaah Ansharut Daulah yang bersekutu dengan ISIS dikaitkan dengan pengeboman berani mati di sebuah balai polis di Bandung. Pada Januari tahun ini, seorang penyokong ISIS telah ditangkap di Yogyakarta kerana merancang serangan menggunakan alat letupan buatan sendiri.

“Ini bukan ancaman yang tidak nyata,” kata Encik Shanmugam.

Pada Isnin, Encik Shanmugam turut mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai Home Team kerana memastikan Singapura selamat walaupun menghadapi cabaran dan ancaman berterusan yang dihadapi oleh Singapura.

Dalam majlis itu, seramai 896 pegawai Home Team menerima Anugerah Hari Kebangsaan yang mengiktiraf pegawai Home Team atas sumbangan dan komitmen mereka dalam memastikan Singapura selamat dan aman.

Seramai 57 pegawai menerima Pingat Kepujian, 220 menerima Pingat Berkebolehan, 610 menerima Pingat Bakti Setia dan 9 menerima Pingat Bakti Setia (Polis).


Laporan lanjut di Muka 4




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >